Sunday, September 8, 2013

Pakej Lengkap Perkahwinan untuk Taufiq & Shima

Tahun 2013 ini kami di Izreka Wedding Planner meraikan perayaan Aidilfitri dengan masa yang agak singkat. Percutian Aidilfitri kami terpaksa dipendekkan bagi merealisasikan Majlis Perkahwinan pasangan pengantin Taufiq & Shima yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 1 pada 10 Syawal 1434H yg lalu atau bersamaan pada 17 Ogos 2013.

Pasangan Taufiq & Shima mengenakan wardrobe pengantin dari koleksi Asnita Beauty Creations
Ini merupakan majlis perkahwinan 2 dalam 1 atau dengan lebih tepat merupakan gabungan majlis untuk kedua-dua belah pihak keluarga pengantin Lelaki & Perempuan. Justeru, jumlah tetamu jemputan juga agak ramai iaitu kurang lebih 1,500 pax.

2 Meja Hadiah @ Doorgift kami sediakan untuk kedua-dua belah pihak keluarga di pintu masuk Dewan
Kami di Izreka Wedding Planner & Asnita Beauty Creations begitu berbesar hati atas kepercayaan yang telah diberikan oleh kedua-dua belah pihak keluarga pengantin Lelaki & Perempuan bagi menguruskan Majlis Perkahwinan ini. Kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak keluarga pengantin juga sangat kami hargai dan kagumi.


Pasangan Taufiq & Shima memilih tema warna perkahwinan Biru & Purple bagi mewarnai majlis bersejarah mereka. Oleh kerana Dewan Toh Puan Mahani @ Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 1 ini tidak berhawa dingin. Justeru, kami telah menambah 6 unit Kipas Industri (Industrial Fan) bagi keselesaan para tetamu.

4 Meja VIP disediakan untuk tetamu VIP kedua2 belah pihak keluarga.
Suasana Majlis Perkahwinan mereka agak meriah dengan kehadiran tetamu dari awal hingga ke akhir majlis. Ini mungkin disebabkan dengan faktor musim perayaan Aidilfitri yang baru seminggu diraikan. Dengan kemeriahan jamuan majlis rumah terbuka di sana-sini, ditambah dengan wargakota yang sudahpun kembali semula dari bercuti raya di kampung.

Meja Makan Beradap mengandungi 8 kerusi banquet & 2 kerusi pengantin
Hingga ke saat-saat akhir majlis sekitar pukul 4 petang, kelihatan tetamu masih rancak menghadiri majlis ini hingga memaksa kami melanjutkan masa hingga ke pukul 4.30 petang bagi memberi ruang dan peluang kepada keluarga pengantin meraikan tetamu mereka.

Hidangan Lauk Pengantin yang turut diserikan dengan Desserts
Turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan Taufiq & Shima ialah tetamu istimewa mereka iaitu Datin Nina Juren yang hadir bersama suami dan anak-anak.

Datin Nina Juren turut hadir bersama suami dan anak-anak
Malah ibubapa kepada Datin Nina Juren juga turut hadir iaitu Datuk Haniff Taib & Datin Julie Haniff. Keluarga Datin Nina Juren merupakan kenalan baik kepada keluarga sebelah pihak pengantin perempuan.

Datuk Haniff Taib & Datin Julie Haniff - ibubapa kepada Datin Nina Juren
Kami di Izreka Wedding Planner mengucapkan berbanyak terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami untuk mengelolakan majlis ini dari peringkat awal perancangan hinggalah ke penyudahan majlis.

Hidangan Meja Buffet diserikan dengan penggunaan Bell Chauffing Dish untuk kelihatan lebih ekslusif.
Gabungan Warna yang kami persembahkan untuk mewarnai majlis perkahwinan ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...