Kami terpanggil untuk membicarakan hal ini kerana ianya adalah perkara paling-paling penting dalam sesebuah majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi jika makanan di pesan menggunakan perkhidmatan katering. Malah selama kami menjalankan perniagaan yang membabitkan Pakej Lengkap Perkahwinan yang turut merangkumi penyediaan makanan untuk tetamu, telah dua hingga tiga kes makanan tidak cukup telah kami tempuhi. Apabila perkara sebegini terjadi, bukan tuan rumah yang akan dipersalahkan sebaliknya pihak katering yang akan dituduh sebagai pihak yang tidak bertanggungjawab menyediakan makanan seperti jumlah yang telah dipesan. Ini pastinya akan membuatkan reputasi sesebuah syarikat katering akan jatuh dan tercalar teruk.
Kebanyakan pelanggan-pelanggan yang kami temui baik yang mengambil perkhidmatan kami atau hanya datang bertemu untuk menanyakan harga pakej, rata-rata mereka sebenarnya tidak berpengalaman membuat majlis perkahwinan. Kalau adapun yang pernah berpengalaman membuat majlis perkahwinan tetapi masih tidak begitu arif atau membuat formula pengiraan sendiri sekaligus menidakkan formula pengiraan yang telah digunapakai oleh majoriti penyedia perkhidmatan katering sejak sekian lama.
Lebih memburukkan keadaan, mereka lebih cenderung untuk menggunapakai nasihat-nasihat dari kawan-kawan, jiran tetangga atau saudara-mara. Tambah membahayakan apabila mereka menggunakan formula 'agak-agak' atau 'rasa-rasa'. Sebagai contoh: "Agak-agak abanglah kan.. tak ramai jemputan kitaorang yang nak datang nanti..maklumlah kami buat kat rumah je..bukan kat dewan..bukan kat hotel" atau begini pun ada bunyinya "Akak rasa-rasakan lah Zul kan...kawan-kawan akak kan.. dan kawan-kawan suami akak nanti kan.. semua datang berdua je Zul..takdenya diorang nak bawak anak-anak.. kanz?".
Jadilah kan... kalau makanan tak cukup nanti..saya jugalah kan nak berlari ke kedai mamak beli makanan. Saya jugalah nanti tanggung malu tetamu-tetamu abang dan akak tuduh saya katering kaki kencing... Adess..x boleh kak... sia-sia je saya decor pelamin cantik bertingkek-tingkek... sia-sia je saya hias meja kanopi bagai selubung ngan kain sepuluh kaler langit... kalau makanan tak cukup...orang dah tak pandang dah segala decor yang merelit bagai nak rak tu.. Jadi saya bentangkan lagi buat kali ke sepuluh ratusnya formula sebenar buat tatapan akak dan abang (dengan harapan agar selepas abes majlis nanti..kenanglah daku dalam tangisan ceria atau tangisan hibamu)
INGAT! Ini semata-mata pengiraan menerusi JUMLAH KAD JEMPUTAN yang diedarkan. Tidak termasuk:
1) Jemputan Mulut
2) Jemputan menerusi Facebook
3) Jemputan menerusi group Whatsapp
ADA LAGI FAKTOR-FAKTOR yang penting mempengaruhi kehadiran tetamu ke majlis perkahwinan anda seperti:-
1) Pengaruh Ibubapa / Pengaruh Anda terhadap masyarakat (Populariti di kalangan masyarakat setempat)
2) Ketokohan Ibubapa / Ketokohan Anda (Ada pegang jawatan tinggi di jabatan/kementerian, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan/persatuan)
3) Majlis Perkahwinan kali yang pertama atau anak yang terakhir dibuat (Peratus ketidakhadiran sangat rendah)
4) Venue Majlis diadakan (Kalau hotel atau kelab - peratusan hadir tinggi)
4) Musim (musim cuti sekolah, musim hujan, musim raya)
Semoga perkongsian info ini dapat dijadikan panduan yang sebaik-baiknya buat anda.
No comments:
Post a Comment