Thursday, August 7, 2014

Mimi & Jett Wedding Reception at Monterez Golf & Country Club

31 Mei 2014 yang lalu telah menyaksikan team Izreka Wedding Planner berjaya mengendalikan Majlis Perkahwinan usahawan online Mimy Beauty Shop iaitu Cik Mimi dan pasangannya Jett. Mimi mengambil Pakej Lengkap Perkahwinan A-Z dari kami dan menempah persalinan nikah & sanding yang direka khusus untuk mereka.


Alhamdulillah Majlis Persandingan yang diadakan di Monterez Golf & Country Club, Shah Alam ini berlangsung sepertimana yang kami rancangkan. Dewan dan lobi Monterez Golf Club di bahagian tingkat atas dan bawah ini mampu menampung sekitar kurang lebih 350 orang tetamu dalam satu masa.


Mimi yang merupakan seorang usahawan online hanya mengenali kami menerusi internet. Beliau kelihatan begitu anggun mengenakan busana pengantin yang ditempah khas untuk perkahwinannya ini.


Majlis Perkahwinan mereka yang unik ini telah mempertemukan dua budaya dan bangsa dalam satu majlis. Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga berdarah campuran Baba & Nyonya di sebelah ibunya yang juga seorang pendidik di sebuah sekolah di Bandar Baru Sri Petaling. Manakalanya bapanya pula merupakan seorang pegawai atasan di salah sebuah jabatan kerajaan.


Pasangan mempelai memilih tema warna perkahwinan Gold & Peach bagi menghidupkan susana majlis perkahwinan mereka. Justeru, pihak kami memilih penggunaan warna-warna yang selamat untuk dekorasi pelamin mereka bagi disesuaikan dengan warna-warna keemasan yang menghiasi keseluruhan meja dan kerusi tetamu.


Pihak kami turut menyediakan dekorasi Candy Buffet Station yang diminta oleh kedua mempelai. Pihak keluarga pengantin turut membuat pesanan tambahan 2 ekor kambing golek bagi menjamu dan meraikan tetamu-tetamu mereka.



Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada keluarga kedua belah pihak pengantin Lelaki & Perempuan atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan. Kami juga mengucapkan penghargaan kepada pihak pengurusan Monterez Golf & Country Club yang banyak memberikan kerjasama dan kelonggaran waktu dalam membantu kami membuat persiapan yang secukupnya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...