Sunday, September 28, 2014

Official Caterer untuk Program TV Khas Anugerah Syawal 2014

Izreka Wedding Planner juga turut diberi kepercayaan untuk bersama-sama terlibat dengan program tv khas sempena raya terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd untuk Media Prima. Antara program tv yang membabitkan kami sebagai katerer rasmi ialah Sketsa Raya dan Diva Raya.


Rakaman program SKETSA RAYA bermula 23 June 2014 sehingga 25 Jun 2014 bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Sementara program DIVA RAYA dibuat pada 27 Jun 2014 di lokasi yang sama.

Krew Produksi & Selebriti menjamu selera hidangan yang kami sediakan

 Pihak kami dipertanggungjawabkan untuk menyediakan juadah Makan Tengahari, Hi-Tea (Minum Petang) dan Makan Malam untuk semua krew produksi dan artis-artis yang terlibat.

Penerbit rancangan Nina Soraya kelihatan sedang mengambil makanan bersama-sama Sherry Al-Hadad, Nad Zainal & Zulin Aziz
Antara barisan selebriti yang terlibat dalam rancangan Sketsa Raya ialah kesemua finalist Bintang Mencari Bintang, Nad Zainal, Harun Salim Bachik, Zulin Aziz & Sherry Al-Hadad. 


Sementara rancangan Diva Raya menampilkan Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz sebagai pengacara dan turut diundang beberapa selebriti terkenal sebagai artis jemputan iaitu Ieda Moin dan Arjalee.


Pihak kami berbesar hati diundang oleh pihak Media Prima untuk menjadi katerer rasmi program-program khas Seindah Ramadhan Anugerah Syawal ini. Insha'Allah jika diberikan kesempatan, kami akan meneruskan lagi tanggungjawab seperti ini dengan lapang dada. Terima kasih kami ucapkan kepada krew produksi Sketsa Raya & Diva Raya atas kepercayaan ini. 

Ini merupakan kali ke-dua kami berkerjasama dengan krew produksi ini menjayakan program yang mereka terbitkan. Kali pertama ialah program realiti tv Projek Metro beberapa bulan sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...