Sunday, December 7, 2014

Promosi Pakej Perkahwinan 2015

Kami sudah mula membuka tempahan untuk Pakej Perkahwinan Tahun 2015. Dapatkan diskaun sebanyak 10% jika anda membuat tempahan sebelum 31 Disember 2014.


Pakej Perkahwinan ini datang lengkap dengan Pelamin, Make-up dan Busana Pengantin Lelaki & Perempuan beserta aksessori pengantin seperti, bunga tangan, payung, alas kaki & tangan, kasut perempuan, veil dan tudung. 


Tiada sebarang kos tersembunyi jika membuat tempahan dengan kami. Semua kos aksessori dan kos pengangkutan (kawasan Lembah Klang) termasuk dalam Pakej ini. Malah Pelamin didatangkan lengkap dengan Arch (Pintu Gerbang), 6 Walkway & Red Carpet.


Bayaran deposit (lock date) sebanyak RM300 diperlukan bagi mendapatkan pakej-pakej yang dimaksudkan (deposit tidak akan dipulangkan jika anda membatalkan tempahan atas apa juga alasan). Anda juga dikehendaki membayar baki 50% bayaran dari jumlah keseluruhan 1 bulan (30 hari) sebelum majlis berlangsung. Sementara bayaran keseluruhan perlu dijelaskan selewat-lewatnya sehari sebelum majlis berlangsung atau ketika kami datang memasang dan menyiapkan dekorasi pelamin anda.


Sementara bagi Pakej yang melibatkan tempahan baru Busana Pengantin, deposit sebanyak RM800 diperlukan semasa membuat tempahan (lock date). Dan tempahan Busana Pengantin yang baru ini perlu dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum majlis (60 hari) atau ssebaik-baiknya 3 bulan (90 hari) sebelum majlis berlangsung.


Hubungi kami (Tel/SMS/Whatsapp/WeChat) di talian 014-263 8781 atau 019-339 4227 untuk temujanji hadir ke butik kami di No. 14, Tingkat Bawah, Block D Serindit, Jalan Meranti, Taman Impian Ehsan, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Atau boleh juga membuat temujanji untuk perbincangan awal di lokasi yang anda tentukan.

1 comment:

  1. salam :) cantek2 koleksi daripada Asnita Beauty ni :* mmg harga pon berpatutan taw sebagai tambahan, sesiapa yg berminat utk mencari pakej baju bridesmaid boleh la melayari laman web kami padieka.com atau pon boleh call/whatapp kami di no 012-5907922

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...