Saturday, February 26, 2011

Rekaan Busana Pengantin Sarrah Raissuddin oleh Hatta Dolmat

Mata ini tepesona seketika melihat gambar-gambar baju yang dipakai oleh penyanyi kecil molek Siti Sarrah Raissuddin di hari pernikahannya dengan Shuib (Sepah). Persalinan Siti Sarah pada majlis cukup bermakna itu telah direka oleh pereka tersohor, Hatta Dolmat dari Hatta Dolmat Couture. Untuk persalinan pertama, Hatta Dolmat telah memilih warna ‘salmon peach,’ sebagai warna asas dengan dempakan perincian jalinan jemeki Kristal dan butiran mutiara untuk busana pernikahan yang masih mengekalkan elemen tradisional kurung dengan garapan kontemporari bagi menyerlahkan lagi seri pasangan mempelai ini. Busana ini dilengkapi dengan ‘veil’ panjang dan sepasang sepatu dari rona yang sama, karya Hatta Dolmat.

Gambar-gambar diambil dari Blog Hatta Dolmat Couture
Ini pula antara gambar-gambar dari Blog Budiey.com
Pada majlis tersebut Sarrah telah mengenakan dua persalinan rekaan Hatta Dolmat. Bagi persalinan kedua pula, Hatta Dolmat telah menyediakan sepasang lagi busana bertemakan Inggeris berwarna pastel perang muda juga dan sentuhan kemewahan batu jemeki dan mutiara yang melatari setiap bahagian busana itu. 

Petikan artikel & gambar dari blog Budiey.com
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan artis ini yang telah selamat diijabkabulkan pada 26 Februari 2011 dengan mas kahwin sebanyak RM1,000.

Kerajaan PAS Kelantan Lancar "Gerbang Az-Ziwaaj"

Wah beruntungnya rakyat jelata negeri Kelantan apabila Kerajaan PAS Kelantan mengumumkan pelancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

 Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan)

Friday, February 25, 2011

Di sebalik Tabir Rakaman Hip TV (Episod 10) Hosted by Karl Shafek

Ini adalah rakaman HIP TV untuk Episod 10 yang bakal ditayangkan di TV9 pada Khamis 10 Mac 2011 jam 9.30 malam dan waktu ulangannya pada Sabtu, 12 Mac 2011. Seperti episod-episod yang sebelumnya, rakaman ini diadakan di Sri Pentas. Oleh kerana cameraman yang shoot video ini bertaraf amatur.. jadi hasilnya pun amatur jugak la.. ekeke... Anyway kredit to my hubby (Mr. Zul Izreka) for doing all this for me.. Mungkin dia pun dah bosan agaknya asal follow aku untuk cover job ni .Asyik-asyik kena shoot muka Karl Shafek... Lain ler klo pengacaranya pompuan agaknya.. hahaha... layan jerrr...

Thursday, February 24, 2011

Makeup Artist @ MUA @ Mak Andam @ Juru Estetik @ Juru Kecantikan

Hari ni awok ternampak kat wall facebook awok satu posting yang awok rase cukup tak berkenan bebeno.. Bukannya awok tak berkenan dengan orang yang post tu tapi awok cukup terkejut dengan pendedahan yang dibuatnya. Rasanya nama AnnasEaskey Photography dah tak perlu diperkenalkan lagi. Tetapi akibat namanya yang dah gah dan tersohor itu pasti akan ada yang akan mengambil kesempatan. Kisahnya boleh korang baca kat blog Annas Easkey. Klo malas gak nak click..bior ler awok jer ceghite kat korang.. 
Ni haa.. Kisah budok pompuan ni gilerr glamer ke apa ntah.. yang telah dengan tak beretika nya menjadikan hasil-hasil karya Annas dan beberapa fotografer yang terkenal yang lain sebagai hasil karyanya.. siap letak watermark lagi gitu.. Klasss ko dik.. Ieka Photography gituler nama trademarknya. Klo nengok kat fb dia..mak oii.. x mau ngalah ko... semua title ada.. MUA.. Mak Andam.. Makeup Artist.. Juru Kecantikan... Juru Estetik.. . Haa! Siap ko nanti kena lastik..

Ni antara beberapa naskah karya orang lain yang Cik Ika kita ni telah dengan bangganya mengakui sebagai hasil sentuhan kerjanya.. Gambar-gambar ni pun awok amek kat Blog Annas gak.. Seronok sungguh nampaknya pompuan ni cari makan dengan cara begini yerr.. Memang patut kita panggil kan aje Abu Hurairah dengan Si Usop membako nyerrr..

So, korang semua kenalah lebih berhati-hati dengan spesies-spesies cenggini... Nak cepat naik dengan cara yang sungguh tak bermoral.. Seb bek lah awok ni tak femes lagi kan.?Nak mekap muka orang pun tangan awok terketor-ketor lagi ni.. Klo tidak dengan hasil-hasil kerja awok pun di kijerkan oleh budak Ika ni.. Ishh.. menyampah ler awok dengan spesies cenggini..

Wednesday, February 23, 2011

Pakej-Pakej Perkahwinan 2011


Antara Pakej-pakej Perkahwinan yang kami tawarkan pada tahun 2011 ini. Harga-harga yang kami tawarkan sangat berpatutan dan mampu memberikan anda nilai yang terbaik untuk wang yang anda keluarkan untuk menjayakan Majlis Perkahwinan yang sempurna dan yang penting memberikan kepuasan di hati.


Harga-harga kami insya'Allah sangat bernilai dengan servis yang bakal kami berikan kepada anda.. Konsep perniagaan kami agak unik kerana perkhidmatan kami terhasil daripada kolaborisasi 3 vendor penyedia khidmat perkahwinan yang mana masing-masing mengambil peranan yang sama sebagai Wedding Planner. Tiada istilah 'Main Con' atau 'Sub Con' di sini... Kami menawarkan khidmat 3 vendor Penyedia Khidmat Perkahwinan di bawah satu bumbung. Datanglah ke butik kami untuk kita sama-sama mencari formula bagi membantu anda dalam memperolehi apa yang anda kehendaki. Insya'Allah dengan sama-sama saling berbincang akan membawa kepada satu rumusan yang terbaik buat semua pihak. Tiada harga yang 'FIXED' buat kami di Asnita Beauty Creation atau Delima Catering & Event atau Wated Photography.. Harga kami sentiasa boleh dirundingkan lagi agar bersesuaian dengan BAJET dan KEPERLUAN anda...

Dekorasi Pelamin

Inilah gambar-gambar pelamin yang ada di showroom kami di Rampai Business Park.. Untuk Pakej Lengkap Perkahwinan yang berharga RM19,900 dan RM25,500.. Basicly inilah pelamin yang kami tawarkan.. samada ianya 1 panel atau 2 panel atau 3 panel.. bergantung kepada kesesuaian ruang di rumah anda atau di bawah kanopy atau di dalam dewan. Dekorasi tidak semestinya mengikut 100% apa yang tertera di dalam gambar ini.. ianya terpulang kepada citarasa dan tema perkahwinan anda...Yang penting kita sama-sama berbincang untuk hasilkan pelamin yang terbaik untuk Majlis Bersejarah anda nanti.



Inilah sebahagian dari koleksi dekorasi pelamin kami.. Insya'Allah akan update gambar-gambar dekorasi pelamin terbaru dari semasa ke semasa.. Jemputlah datang ke butik ya... Tapi kena call dulu.. almaklumlah kami ni masing-masing wanita yang bekerjaya.. hehehe

Make-Up for Hip TV (Episode 9)

Dua hari lepas bigg boss De NShima Make-Up Team (Shima) call akak soh cover mekap untuk rancangan Hip TV ni.. Hehehe ingatkan Shima nak bagi peluang kat orang lain lak.. Dahlah last 2 weeks Engku Azmin (penerbit Hip TV) direct call akak soh buat make-up.. hehehe jangan buat pasal ya Min.. Kang x pasal-pasal Shima naik angin ngan akak.. 
Hip TV - Episod 9 Tarikh tayangan Khamis, 3 Mac 2011 9.30 malam di TV9
Rakaman yang sepatutnya dimulakan pada pukul 8.00 malam terpaksa terpaksa dimulakan lewat sket kerana Karl Shafek (Host Hip TV) baru je turun flight from Singapore dan sedang dalam perjalanan ke Sri Pentas. Hebat sungguh pengacara kita sorang ni.. dengar-dengar keesokannya Karl dah nak kena terbang ke Langkawi pula untuk sambung penggambaran program '3 Hari 2 Malam'.. Masyukk..Masyukk..

 
Ni baju sponsor yang akan dipakai Karl Shafek untuk rakaman Episod 10
Malam tu, kami buat rakaman untuk 2 episod sekaligus iaitu Episod 9 dan Episod 10.. Yer la dah pengacaranya busy... Hehehe..

Yang sebelah kanan tu lah kasut baru Karl Shafek... 100 SGD katanya.. 


Tuesday, February 22, 2011

Make-Up for Photoshoot (outing with Anne Anieyra) @ Taman Metropolitan, Kepong

Pagi Ahad 22 Februari yang lalu aku bersama-sama dengan rakan MUA, Anne Anieyra dari Anne Anieyra Touch telah mengadakan sessi outing Make-Up for Photoshoot  kat Taman Permainan Layang-Layang (Tmn Metropolitan), Kepong. Ianya berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 ptg. Anne telah mengundang 2 'talent' iaitu Norhayati Ismail dan Hazlin. Sementara rakan photographer yang diundang terpaksa membatalkannya di saat-saat akhir. Rancangan terpaksa diteruskan juga dengan bantuan 'my hubby' yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi.

HAZLIN - talent yang aku mekap kan pada hari tersebut
 
Kerja-kerja make-up bermula


Hazlin sebenarnya baru sampai dari Taiping.. lawa kan?
Hazlin juga memiliki blog yang menarik untuk diikuti
Ketika aku dan Anne sedang sibuk menyiapkan solekan kedua-dua talent ini. My hubby dengan selambanya telah menyapa dan mempelawa 3 orang photographer yang sedang buat outing di situ pada pagi itu untuk shoot talent yang kami mekap kan. Mereka merupakan guru-guru yang mengajar di sekolah yang sama yang juga sama-sama meminati bidang fotografi. Mereka adalah En. Hazar El-Dien, Pn. Rozita dan En. Irzan klo x silap...Pelawaan itu diterima dengan baik.. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang akan kisahnya.. hehehe

Inilah photog2 yang diundang tanpa dirancang..
Hazlin - selepas di mekap kan
Hazlin (Rachel Corrie) & seorang lagi talent (Norhayati Ismail) yang di mekap kan oleh Anne
Gaya yang menawan...
Kedua-duanya berbakat dan sangat senang bekerjasama
Banyak lagi gambar-gambar boleh dilihat di facebook Asnita Beauty Creation dan juga di fb Hazar El-Dien... Kepada semua yang terlibat, diucapkan berbanyak terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.. Tak sangka perkenalan singkat dengan Hazar dan rakan-rakan telah memeriahkan lagi 'outing' kami pada hari itu. 

Semoga berjumpa lagi!

Friday, February 18, 2011

Dira bakal menggantikan Fara Fauzana sebagai pengacara MELODI?

Hurmmm... syok juga yer bergossip ni... Malam ni kita bergossip sakan lah nampak gayanya.. Terbaca dalam blog Cerita Syok yang memaparkan berita tentang pelakon Dira Abu Zahar yang bakal menggantikan Fara Fauzana sebagai pengacara Melodi. Ishh! Dira mana ni? ala pelakon yang selalu berlakon seksi-seksi tu.. Tapi betul ke? Sama-samalah kita tunggukan jawapannya dari pihak penerbit Melodi nanti ya... Tungguuu..


Gambar Pernikahan Farish Aziz & Zahrah Fowzi

Semalam ketika memandu terdengar celoteh deejay radio Era mengumumkan tentang pernikahan pelakon  Farish Aziz (pelakon 'Ponti Anak Remaja') dengan tunangannya Zahrah Fowzi (peguam). Dari ikatan cinta yang bertaut sejak zaman persekolahan 14 tahun yang lalu hinggalah kepada tersimpulnya ikatan pertunangan pada September 2010 dan semalam (18 Februari 2011) termetrilah ikatan suami-isteri buat kedua-dua pasangan yang sama cantik dan sama padan ini. Gambar-gambar pernikahan mereka ini diambil dari web zon artis. Tahniah buat mereka.

cantik kan? dekorasi pelamin ini... 

Pasangan pengantin memakai pakaian yang kelihatan simple tapi menawan. Siapa tailornya ya? Mungkin Mat Kepoh ada jawapannya (lihat pic bawah)


Sedikit petikan dari blog cerita syok.. Layaannn.. (hehehe.. udah macam wartawan Melodi lak)

“Memang sekarang ini kami sibuk dengan persiapan perkahwinan sehinggakan saya terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon buat sementara waktu.

 “Alhamdulillahlah segala persiapan dibuat seperti yang dirancang dan kami akan mengadakan majlis resepsi pada 19 Februari depan berkonsepkan dalam taman,”
“Bagaimanapun, selepas kahwin, kami terpaksa tinggal berasingan buat sementara waktu kerana Zahrah masih bekerja di sebuah syarikat guaman di Sabah. Saya harap kami boleh menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri,”

Thursday, February 17, 2011

Tips Jimatkan Belanja (Bajet) Perkahwinan Anda


Hari ni terasa ringan lak tangan nak mengarang dan sharing serba-sikit pengalaman yang dok ada ni.. Dapat idea nak mengarang ni bila terbaca blog Abang Naz Terjah.. tapi kita takdelah cilok bulat-bulat.. ianya lebih kepada pengalaman kita sendiri sebenarnya. Layan jer lah...Terlebih dahulu mohon maaf, jika ada ayat-ayat yang boleh melukakan perasaan anda.. Yang buruk datang dari saya, yang baik semuanya dari Allah SWT.

MAKANAN / HIDANGAN TETAMU
Anda perlu meneliti siapa dan berapa ramai tetamu yang hendak diundang. Tentukan samada anda perlukan khidmat katering atau anda berkeupayaan untuk menyediakan makanan secara bergotong-royong. Menggunakan khidmat katering bermakna anda menyerahkan segala urusan makanan kepada syarikat atau individu terbabit dari A-Z. Senaraikan menu dan dapatkan sebutharga dari beberapa penyedia khidmat katering. Pilihlah tawaran sebutharga yang ‘munasabah’ dan bersesuaian dengan keperluan anda. Dalam hal pemakanan seharian pun kita sudah sedia maklum makanan yang murah ialah dari sumber yang murah. Brand Panasonic atau Sony sememangnya tidak setaraf dengan brand cap ayam.. Sayur segar gred A jangan dibandingkan dengan sayur yang dijual warga Kampuchea di tepi pasar borong yang bergred C. 

Sila teliti sebutharga, ada penyedia katering yang memberi pakej makanan beserta kanopi yang siap berhias, hidangan lauk pengantin serta hiasan meja pengantin. Berhati-hati dengan tawaran harga yang murah kerana ada juga pihak katering yang menawarkan pakej makanan untuk 1,000 pax tetapi khemah yang diberikan hanya 4 biji, Tea Corner atau Bubur untuk 200 pax.. Ni org kampung saya panggil “Main Wayang”… hehe takpelah, ada bagusnya juga. Tu semua marketing strategy.. kekadang tuan rumah pun nak ‘main wayang’ gak.. Tetamu kita pun bukan tau banyak mana bubur atau teahtarik tu disediakan, yang mereka tahu benda tu ada dan kalau habis cepatpun, paling-paling tidakpun diorang kata.. “Dasyatlah Mat majlis ko, abis licin Teh Tarik.. laku sungguh”.  Dan yang paling penting kalau menggunakan khidmat katering, buatlah checklist senarai tetamu yang nak dijemput. Tak perlu menjemput semua kenalan dari Perlis sampai Sabah.

Jika bergotong-royong, sudah pasti agihan tugas perlu dibincangkan dengan teliti. Semua faktor perlu diambil kira. Keperluan infrastruktur baik sebelum, semasa dan selepas majlis dijalankan seperti bahan mentah, tenaga kerja, tukang masak, pengangkutan, khemah, kerusi-meja, peralatan memasak, pinggan mangkuk dan sebagainya. Faktor luar jangkaan juga amat perlu diambil kira. Sudah banyak kali kita terdengar cerita-cerita bekalan air atau elektrik terputus semasa hari majlis perkahwinan dilangsungkan. Seringkali juga berlaku ‘kehilangan’ tenaga kerja ketika dipertengahan majlis dan sebagainya. Pastikan anda mendapat pandangan dan nasihat dari sahabat atau kaum keluarga yang lebih berpengalaman.

Jika di kampung, aktiviti bergotong-royong menjalankan majlis perkahwinan memang sesuatu yang berbaloi dan menyeronokkan. Jiran tetangga ringan tangan datang menolong, ada yang sponsor lagi.. sponsor beras lah, telur lah, gula lah… kan jimat! Jadi, anda kenalah checklist barang-barang yang tak perlu dibeli lagi.

ATURCARA MAJLIS:
Rancanglah aturcara majlis anda dengan teliti. Untuk langkah menjimatkan kos, buat upacara akad nikad dan bersanding pada hari yang sama iaitu akad nikah pada sebelah pagi dan besanding pada waktu tengahari. Ingat! Untuk menjayakan satu majlis anda perlu berurusan dengan ramai pihak. Anda perlu berurusan dengan pihak katering, juruandam, jurugambar dan sebagainya. Anda bayar mereka untuk perkhidmatan yang dibuat. 2 majlis berasingan bemaksud 2 bayaran perkhidmatan yang berasingan atau 2 kos yang berlainan. Tetapi jika 2 majlis yang berasingan dilakukan dalam masa yang rapat, sudah tentulah mereka boleh bertolak ansur dengan anda dengan memberikan harga yang istimewa atas faktor penjimatan masa dan kos.

TEMPAHAN PERKHIDMATAN:
Buat tempahan awal sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum majlis berlangsung dan survey harga perkhidmatan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum majlis berlangsung. Buat tinjauan menerusi internet dan mengunjungi pameran-pameran pengantin yang semakin kerap diadakan. Dengan cara ini anda tidak perlu pergi mengunjungi dari satu butik ke satu butik yang lain. Semuanya berada dalam satu tempat. Jimat masa dan jimat belanja. Kebiasaannya, penganjur Pameran Perkahwinan ada memiliki website atau facebook masing-masing sebagai tool pemasaran mereka seperti SetelKahwin.com. Dan di dalam laman web mereka terdapat senarai penyedia khidmat perkahwinan (vendor) baik yang mengambil bahagian semasa pameran ataupun yang tidak mengambil bahagian. Click link website vendor-vendor ini untuk meninjau pakej yang ditawarkan.

Tidak semestinya harga Pakej yang ditawarkan oleh vendor semasa Pameran tersebut dijalankan adalah promosi harga yang terendah. Harus ingat! Sewa sebuah booth pameran berharga paling murah RM4-RM5 ribu ringgit dengan beratus vendor yang mengambil bahagian. Dan dengan keadaan ekonomi semasa yang merudum, jika sales yang mereka perolehi tidak mampu menampung sewa booth sudah pasti kerugiaan tersebut menyebabkan mereka tidak mampu menawarkan anda ‘pakej istimewa dengan kadar yang lebih istimewa’. Pameran tersebut hanya menjanjikan nama perniagaan mereka dikenali dan peluang untuk mendapatkan sales dengan lebih baik.

Jangan pula anda memandai-mandai kononnya nak save bajet kahwin, anda sewa Baju kat kedai A yg yang bajunya kena pada taste anda, anda tempah make-up artist kat kedai B yang lebih murah dan anda sewa pelamin kat kedai C yang lebih cantik. Anda memang punya hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang anda kehendaki tetapi jika kecerewetan sebegini terlalu ditonjolkan ianya akan mengundang musibah yang anda tidak sedari. Percayalah, dalam bidang jualan, seorang customer yang cerewet dan banyak songeh akan mendapat harga yang lebih tinggi dari seorang customer yang tak banyak karenah dan senang berurusan. Tanyalah mana-mana salesman pun.. pergilah tanya mana-mana tauke perniagaan pun.. tapi kalau nak tanya saya, sila tanya belakang2..klo tanya depan2 saya jawap tak ikhlas nanti.. hehehe

Satu lagi situasi yang sering saya temui, sudah ramai bakal pengantin yang kononnya beranggapan adalah lebih berbaloi menempah sendiri baju kahwin dengan design yang dikehendaki dari menyewa beratus-ribu ringgit semata-mata untuk dipakai 2-3 jam. Memang berbaloi jika diusahakan jika anda benar-benar tahu di mana hendak ditempah, dimana nak mendapatkan kain dengan kadar yang murah dan di mana pula nak dapatkan tukang sulam atau pembuat manik untuk aksessori pakaian anda. Tetapi jika anda main redah sahaja… pasti anda kecewa dengan hasilnya nanti tidak seperti yang diharapkan.

Cukuplah dulu tips yang dikongsikan ini, di lain masa kalau saya ada mood nak mengarang lagi saya sharekan tips-tips yang lain pula.

Tuesday, February 15, 2011

PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN "COVER ABIS"

Hasil gabungan kolaborisasi antara Asnita Beauty Creation dan Delima Catering & Event Sdn Bhd serta The Wanted Photography kami menawarkan Pakej Lengkap Perkahwinan "COVER ABIS". 


Pakej yang ditawarkan ini antara yang kami fikirkan bersesuaian dengan Majlis Perkahwinan yang boleh dianggap MELETOPS! Pakej ini sangat mengambil kira tentang kesederhanaan dalam menjayakan majlis yang penting supaya walaupun sesebuah majlis yang gemilang rupanya tetapi dapat dilaksanakan dengan bajet yang tidak terlalu tinggi supaya ianya tidak membazir dan membebankan pihak keluarga pengantin.


Dan kami juga menitikberatkan soal kesempurnaan dalam menjayakan sesebuah Majlis Perkahwinan. Biarlah ianya nampak GRAND dari sudut luaran tetapi bersesuaian dengan nilai perkhidmatan yang kami berikan supaya semua pihak berpuas hati dengan hasilnya nanti. Janganlah ianya nampak GRAND tetapi terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi. Kami percaya kami mampu melakukannya kerana kami tidak bergantung kepada orang tengah atau pihak ketiga. Kami memiliki cukup peralatan dan kakitangan dan tidak perlu menyewa dari pihak ketiga yang mana akan membuatkan kos perbelanjaan semakin tinggi.


Selain daripada pakej yang disebutkan ini, kami juga mampu menawarkan Pakej Perkahwinan yang lebih murah yang bersesuaian dengan Bajet Anda. "Kini semua orang mampu melaksanakan sebuah Majlis Perkahwinan yang Grand dengan Harga Yang Rendah".

Hubungi kami di talian:
019-326 4227 atau 014-263 8781 

untuk temujanji bersama kami di Showroom kami yang beroperasi di:

No. 19-1, Jalan Rampai Niaga 3, 
Rampai Business Park,
53300 Kuala Lumpur.

(Sederet dengan Restoran Ali Maju)

Gambar Ally Iskandar Bertunang dengan Aishah Zainal (Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama)


Gambar-gambar pertunangan Ally Iskandar dengan Aishah Zainal (Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama) ini diambil dari Blog OhBulan & BeautifulNara... Merrrraahhh Gitu you!


Nampaknya tahun ni semakin ramai pasangan yang memilih warna Merah & Hitam sebagai warna tema perkahwinan atau pertunangan selain warna tema Blue Turqoise & Putih (Biru Turqoise).. Memang padanan warna yang cantik dan menarik.Sesswaii gitu..

Monday, February 14, 2011

Aktiviti Bersama De NShima Make-Up Team - Sponsor Make-Up Final AJL Ke-25

Pada konsert akhir Anugerah Juara Lagu Ke-25 yang berlangsung baru-baru ini, De NShima Make-Up Team telah diberi peluang untuk sponsor make-up majlis yang amat berprestij tersebut. Secara tidak langsung, ianya merupakan penghargaan dan pengiktirafan terhadap keupayaan hasil kerja kreatif kami dalam menatarias dan menyolek semua tenaga produksi yang terlibat. 
 

Sekalung penghargaan buat pengurusan tertinggi De NShima Make-Up Team khususnya kepada Nazhatul Shima kerana memberi peluang sebesar ini untuk insan bernama Asnita Manshor mengetengahkan hasil kerjanya serta tidak lupa ucapan terima kasih kepada pihak Media Prima khususnya tenaga produksi Primeworks Studios yang memberikan kepercayaan kepada De NShima Make-Up Team dalam melaksanakan tugasan berprestij ini.


Walaupun pada majlis yang berlangsung dengan penuh gemilang itu kebanyakkan artis bertaraf diva membawa jurusolek peribadi masing-masing seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini dan lain-lain. Tetapi kami masih berpeluang menyolek dan menatarias beberapa artis baru dan para penari yang terlibat menjayakan AJL Ke-25.


Dan peluang sebegini memang bukan selalu diperolehi pabila dapat mendekati artis yang diminati secara lebih dekat. Rasa terkilan juga pabila mengetahui di akhir program Logo De NShima Make-Up Team tidak di highlightkan sebagai Penaja Make-Up tetapi Logo sebuah kumpulan Make-Up Artist lain pula yang tersiar akibat kesilapan teknikal...  Apa-apa pun, gambar-gambar ini menjadi bukti penglibatan kami dalam menjayakan majlis yang penuh berprestij ini. Tahniah kepada semua Team Members yang bertungkus lumus menjayakannya..

Sunday, February 13, 2011

Buat 'Projek' dengan Sara Samsudin

Hujung minggu yang lalu, Sara Samsudin (Sarah Samsudin Touch) seorang rakan MUA dari De NShima Make-Up Team mengajakku membantunya menyelesaikan tugasan untuk Make-Up & Hair Styling for Dinner untuk customernya di Villa Damansara.. Sebenarnya jobs ni sepatutnya dilaksanakan oleh seorang lagi rakan MUA iaitu Anne (Anne Annieyra Touch) tetapi memandangkan Anne tengah sibuk nak buat preparation for Bengkel Kelas Solekan yang akan di organisekannya pada keesokan hari, so jobs ni  di sub kan kepadaku.. Memandangkan aku pun free hari tu... follow je la.. Ni antara gambar-gambar yang sempat aku snap...

Muka kedua-dua beradik ni sangat seiras macam kembar pulak... body cutting pun sama...  Apa-apa pun berbanyak terima kasih kepada Sara Samsudin dan Anne Anieyra atas peluang yang diberikan. Insya'Allah di lain masa kita boleh bekerjasama lagi harap-harapnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...