Monday, February 4, 2013

Majlis Perkahwinan Masita & Farid

Syukur ke hadrat Illahi sekali lagi kami diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab menguruskan majlis perkahwinan anakanda kepada pakcik Abd Hamid & makcik Murni di Dewan Pangsapuri Subang Suria, Seksyen U5, Shah Alam pada 26 Januari 2013 yang lalu. Ini merupakan majlis perkahwinan anakanda mereka yang kali ketiga kami bertindak sebagai Wedding Planner (Perancang dan Pengurus Majlis Perkahwinan). Kali ini merupakan majlis Perkahwinan puteri mereka yang ke-2 iaitu Nur Masita dengan pasangan pilihan hatinya Mohd Farid.


Berbeza dengan majlis yang kami uruskan sebelum ini yang mana kami berkolaborasi dengan Delima Catering & Event Sdn Bhd.. tetapi kali ini, atas persetujuan pihak keluarga pengantin sendiri, mereka bersetuju untuk mendapatkan khidmat katering dari team kami sendiri iaitu Izreka Wedding Planner. Segala perancangan awal dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara perlukan penumpuan dan pemerhatian yang rapi. Dengan bajet yang agak sederhana iaitu sekitar RM17k++ kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk majlis ini.

Kerja-kerja menaikkan khemah dibuat 2 hari sebelum majlis berlangsung.
5 buah Arabian Canopy disediakan untuk majlis ini
Oleh kerana Dewan Serbaguna di Pangsapuri Subang Suria ini kecil sahaja dan hanya mampu memuatkan 1 set Meja Makan Beradap, 4 set VIP Table dan Pelamin, justeru penambahan 5 biji kanopi Arabian diperlukan untuk menampung 1,000 orang jumlah tetamu.

Dekorasi dalam Dewan
Meja Makan Beradap kami letakkan di bahagian belakang dalam dewan bersetentangan dengan Pelamin
Team Izreka Wedding Planner sudah mula sibuk dan berkampung di Dewan Serbaguna Pangsapuri Subang Suria sejak 2 hari sebelum majlis berlangsung. Ini kerana majlis akad nikah akan diadakan sehari lebih awal dari tarikh majlis.

Suasana majlis di peringkat awal iaitu sekitar jam 11.30 pagi
Sebuah khemah tambahan untuk kerja-kerja penyediaan katering turut kami letakkan di bahagian belakang dewan untuk menambahlancarkan lagi perjalanan majlis. Seramai 8 orang petugas bahagian dapur ditugaskan di dalam khemah tersebut.

Inilah Tukang Masak kami di Izreka Wedding Planner.. Beliau baru sahaja berhenti berkhidmat dengan "Kampung Pengantin" penghujung Disember 2012 yang lalu.
Chef Sabri dan isterinya sekali lagi ditugaskan untuk menguruskan bahagian katering dan dapur. Pengalaman mereka dalam bidang Food & Beverage sangat diperlukan untuk memastikan kelancaran bahagian dapur. Chef Sabri dan kami pernah sama-sama bekerja part time dengan Delima Catering dan beberapa syarikat katering yang lain. Sementara isteri Chef Sabri merupakan bekas Ketua Tukang Masak di Kampung Pengantin, Setapak.

Baru pukul 11.00 pagi tetapi Buffet Station kami sudah mula 'diserang'...hehe
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan lauk-pauk semuanya cukup untuk menampung keperluan tetamu yang hadir pada hari itu. Majlis Perkahwinan yang sangat berseri dengan pemilihan warna tema "Apple Green" itu juga telah dihadiri dengan jumlah tetamu yang melebihi jangkaan. Ini mungkin dengan bantuan dan keberkatan yang Allah SWT kurniakan kepada keluarga mempelai dengan menganugerahkan cuaca yang cerah dan elok sepanjang majlis berlangsung.

Terdapat 2 set Buffet Station kami sediakan di bawah khemah
Arch, Meja Door Gift, Bunting dan Khemah Utama
Dekorasi Meja Kek
Kek Pengantin 3 Tingkat turut kami tawarkan secara PERCUMA dalam Pakej
Setting Meja Makan Beradap
10 orang khidmat Pramusaji beruniform turut disediakan
Setting Meja VIP
Kesemua tetamu di Meja Pengantin dan Meja VIP mendapat layanan dari Pramusaji berpengalaman
Pelamin Persandingan untuk Mempelai direka khusus oleh Asnita Beauty Creations

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...