Friday, March 15, 2013

Majlis Perkahwinan pasangan Khairul & Dr. Radhiah dan Alia & Azim

Pada 2 Februari 2013 yang lalu bertempat di Seafood Restaurant, Taman Botani, Putrajaya telah berlangsung Majlis Perkahwinan antara Mohd Khairul & Dr. Wan Radhiah dan Alia & Azim. Khairul & Alia merupakan anak kepada pasangan Tuan Haji Mohamad Nazor & Hjh Maimunah yang berasal dari negeri Sarawak.

Seafood Restaurant, Taman Botani, Putrajaya
Kami di Izreka Wedding Planner & Asnita Beauty Creations diberikan tanggungjawab untuk menguruskan majlis perkahwinan ini dengan kerjasama pihak pentadbiran Seafood Restaurant, Taman Botani dan juga berkolaborasi dengan Encik Latip dari Mukah Collections. Pihak kami lebih dipertanggungjawabkan kepada rekaan dan hiasan bahagian dalaman Restoran yang mana ditempatkan Pelamin untuk bersanding. Kami juga diberikan tanggungjawab untuk menyedia dan mengaturkan persembahan Gamelan & Kompang bagi memeriahkan lagi majlis.

Pelamin gaya tradisional ala Sarawakatau Melanau sedang disiapkan
Meskipun Majlis Perkahwinan ini membabitkan dua pasangan pengantin, tetapi mengikut adat dan budaya Melanau, kedua-dua pasangan ini tidak boleh bersanding secara serentak. Oleh itu ketibaan dan persandingan kedua-dua pasangan pengantin dilakukan secara dua peringkat dengan didahului dengan pasangan abangnya iaitu Khairul dan Dr. Radhiah dan kemudian barulah sampai giliran pasangan Alia & Azim.

Persembahan Kumpulan Gamelan yang menyerikan majlis
Seafood Restaurant di Taman Botani, Putrajaya ini mampu menampung 300-500 jemputan dalam satu masa. Dengan jemputan mereka yang hanya berjumlah sekitar 300 orang, lokasi ini memang sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan yang bergaya santai dan meriangkan.

Kumpulan Gamelan yang mahir memainkan sebarang lagu tanpa menggunakan 'note'
Kedua-dua pasangan pengantin ini telah ditatariaskan oleh Asnita Manshor. Sementara Busana Pengantin pula adalah dari koleksi En. Latip (Mukah Collections) yang didatangkan khas dari Sarawak. En. Latip juga membantu kami mendapatkan props-props yang bertemakan Gaya Melanau seperti 'Trendak' yang seakan-akan tudung saji rupanya.

Pelamin yang berkonsepkan gaya tradisional Melanau Sarawak
Pelamin decor sentuhan Asnita Beauty Creations & Mukah Collections
Pihak kami juga membantu pentadbiran Seafood Restaurant dalam mengatur-urus perjalanan majlis dari mula hingga akhir. Ini kerana pentadbiran Seafood Restaurant, Taman Botani yang terdiri dari bangsa India & Cina agak tidak begitu arif dengan budaya dan adat perkahwinan tradisional Melayu Sarawak.

Pasangan Khairul & Dr. Wan Radhiah dikelilingi gadis-gadis pembawa hantaran
Pasangan Azim & Alia diapit oleh kedua ibubapa Alia
Pada hakikatnya kami juga begitu dangkal dan tidak begitu arif dengan budaya dan adat perkahwinan tradisional Melayu Sarawak. Tetapi hasil kegigihan mendapatkan seberapa banyak maklumat dari kawan-kawan, medium internet dan juga dari pihak keluarga pengantin sendiri membuatkan kami yakin mampu menguruskannya.

Sessi Outdoor Fotografi
Sebaik bersanding, Dr. Wan Radhiah & Khairul terus beramah mesra dengan tetamu
Berbeza dengan budaya perkahwinan tradisional Melayu, adat perkahwinan Melayu Melanau langsung tidak membabitkan majlis menepung tawar atau merenjis. Malah majlis makan beradap juga tidak dipraktikkan dalam budaya mereka. Justeru kemeriahan Majlis Perkahwinan mereka lebih tertumpu kepada 'kemesraan' pihak tuan rumah serta pengantin dengan semua tetamu yang hadir.

Doorgift untuk tetamu
Persembahan Silat menyambut kehadiran pasangan pengantin
Pasangan Pengantin di arak menuju ke Pelamin
Tetamu dipersilakan menikmati segala juadah sebaik selesai kedua-dua pasangan bersanding
Dr. Wan Radhiah sedang ditatarias untuk sessi Outdoor Fotografi
Dikesempatan ini, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada keluarga pengantin, pihak pengurusan Seafood Restaurant, En. Latip dari Mukah Collections, Kumpulan Gamelan dari Klang yang dipimpin oleh Cikgu Rodzi dan semua tenaga kerja dari Izreka Wedding Planner & Asnita Beauty Creations yang terlibat menjayakan majlis perkahwinan ini.

Kami kongsikan sedikit suasana kemeriahan majlis yang diiringi oleh persembahan Gamelan seperti yang kami rakamkan ketika majlis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...