Tuesday, April 22, 2014

Cara Menentukan Jumlah Tetamu Majlis Perkahwinan Anda

Kami terpanggil untuk membicarakan hal ini kerana ianya adalah perkara paling-paling penting dalam sesebuah majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi jika makanan di pesan menggunakan perkhidmatan katering. Malah selama kami menjalankan perniagaan yang membabitkan Pakej Lengkap Perkahwinan yang turut merangkumi penyediaan makanan untuk tetamu, telah dua hingga tiga kes makanan tidak cukup telah kami tempuhi. Apabila perkara sebegini terjadi, bukan tuan rumah yang akan dipersalahkan sebaliknya pihak katering yang akan dituduh sebagai pihak yang tidak bertanggungjawab menyediakan makanan seperti jumlah yang telah dipesan. Ini pastinya akan membuatkan reputasi sesebuah syarikat katering akan jatuh dan tercalar teruk.

Kebanyakan pelanggan-pelanggan yang kami temui baik yang mengambil perkhidmatan kami atau hanya datang bertemu untuk menanyakan harga pakej, rata-rata mereka sebenarnya tidak berpengalaman membuat majlis perkahwinan. Kalau adapun yang pernah berpengalaman membuat majlis perkahwinan tetapi masih tidak begitu arif atau membuat formula pengiraan sendiri sekaligus menidakkan formula pengiraan yang telah digunapakai oleh majoriti penyedia perkhidmatan katering sejak sekian lama.

Lebih memburukkan keadaan, mereka lebih cenderung untuk menggunapakai nasihat-nasihat dari kawan-kawan, jiran tetangga atau saudara-mara. Tambah membahayakan apabila mereka menggunakan formula 'agak-agak' atau 'rasa-rasa'. Sebagai contoh: "Agak-agak abanglah kan.. tak ramai jemputan kitaorang yang nak datang nanti..maklumlah kami buat kat rumah je..bukan kat dewan..bukan kat hotel" atau begini pun ada bunyinya "Akak rasa-rasakan lah Zul kan...kawan-kawan akak kan.. dan kawan-kawan suami akak nanti kan.. semua datang berdua je Zul..takdenya diorang nak bawak anak-anak.. kanz?".

Jadilah kan... kalau makanan tak cukup nanti..saya jugalah kan nak berlari ke kedai mamak beli makanan. Saya jugalah nanti tanggung malu tetamu-tetamu abang dan akak tuduh saya katering kaki kencing... Adess..x boleh kak... sia-sia je saya decor pelamin cantik bertingkek-tingkek... sia-sia je saya hias meja kanopi bagai selubung ngan kain sepuluh kaler langit... kalau makanan tak cukup...orang dah tak pandang dah segala decor yang merelit bagai nak rak tu.. Jadi saya bentangkan lagi buat kali ke sepuluh ratusnya formula sebenar buat tatapan akak dan abang (dengan harapan agar selepas abes majlis nanti..kenanglah daku dalam tangisan ceria atau tangisan hibamu)


INGAT! Ini semata-mata pengiraan menerusi JUMLAH KAD JEMPUTAN yang diedarkan. Tidak termasuk:
1) Jemputan Mulut
2) Jemputan menerusi Facebook
3) Jemputan menerusi group Whatsapp

ADA LAGI FAKTOR-FAKTOR yang penting mempengaruhi kehadiran tetamu ke majlis perkahwinan anda seperti:-

1) Pengaruh Ibubapa / Pengaruh Anda terhadap masyarakat (Populariti di kalangan masyarakat setempat)
2) Ketokohan Ibubapa / Ketokohan Anda (Ada pegang jawatan tinggi di jabatan/kementerian, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan/persatuan)
3) Majlis Perkahwinan kali yang pertama atau anak yang terakhir dibuat (Peratus ketidakhadiran sangat rendah)
4) Venue Majlis diadakan (Kalau hotel atau kelab - peratusan hadir tinggi)
4) Musim (musim cuti sekolah, musim hujan, musim raya)

Semoga perkongsian info ini dapat dijadikan panduan yang sebaik-baiknya buat anda.

Monday, April 21, 2014

Pakej Lengkap Perkahwinan untuk Nizam & Nisah ~ 13 Oktober 2013

Majlis Perkahwinan Nizam & Nisah berlangsung pada 13 Oktober 2013 di kediaman mereka di Taman Bukit Teratai, Cheras, Kuala Lumpur. Nizam merupakan adik lelaki kepada ex-officemate Pn. Asnita Manshor semasa beliau bertugas di firma guaman Iqbal Hakim, Sia & Voo di Pandan Indah.


Apa yang lebih menarik tentang majlis perkahwinan ini kepada kami ialah kira-kira seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung, barulah kami dapat menghidu maklumat terbaru bahawa pengantin perempuan rupa-rupanya ada hubungan persaudaraan (sepupu) dengan Pengurus Bahagian Pengaturcaraan Majlis kami iaitu En Zulfikar di mana arwah bapa pengantin perempuan merupakan abang ipar kepada ibu saudara En. Zul yang menetap di Kg. Cheras Baru. Kecilnya dunia kan, janggal pun ada rasanya.

Satu pengalaman yang unik!! 'Orang Sebelah' (keluarga pengantin perempuan) iaitu En Abdul Halim & Pn Noresah adalah ibubapa saudara kami sedangkan kami pula menguruskan majlis perkahwinan untuk keluarga sebelah pengantin lelaki.
Majlis Perkahwinan yang memperuntukkan jamuan makanan untuk 1,000 orang tetamu ini alhamdulillah berjalan lancar dari awal hingga ke akhir majlis. Setiap apa yang kami rancangkan untuk majlis ini Alhamdulillah berjalan seperti yang dikehendaki.

Dekorasi Meja Makan Beradab
Kedua mempelai memilih Warna Tema Perkahwinan Biru & Pink bagi menaikkan seri suasana Majlis Perkahwinan mereka. Warna Tema ini sungguhpun agak sudah menjadi kebiasaan untuk dijadikan pilihan di majlis-majlis perkahwinan tetapi pihak kami perlu teliti dalam pemilihan warna dan gaya dekorasi dengan pilihan dan susunatur yang mampu membuatkan suasana majlis tidak seperti yang biasa-biasa dilihat.

Penggunaan Napkin yang garang warnanya bagi membangkitkan mood atau selera di meja VIP
 Justeru kami tidak perlu terkongkong dengan pemilihan warna tema tersebut bagi membangkitkan mood yang lebih ceria. Seperti kebiasaan, kami memilih gaya berkarya yang bebas dalam kerja-kerja mendekorasi meja makan beradab dan meja vip asalkan tidak terlalu jauh menyimpang dari tema yang telah ditentukan.

Gaya Lipatan Kain Napkin juga diberikan sentuhan yang mampu membangkitkan citarasa
 Pihak kami telah menyediakan sebanyak 7 buah kanopi untuk menampung jumlah tetamu mereka. Sebuah Kanopi penyediaan makanan juga turut disediakan kerana seperti biasa pihak kami lebih selesa memasak di lokasi majlis bagi memastikan kualiti masakan kami sentiasa segar dan panas ketika dihidangkan.


Dekorasi Pelamin di bawah Kanopi yang dikhususkan untuk pelamin
Pelamin yang bergaya romantik dan santai
Hidangan Lauk Pengantin juga menitik beratkan pemilihan warna yang ceria
Udang sebagai salah satu hidangan lauk pengantin yang wajib dalam pakej kami
Pemilihan warna Busana Pengantin yang tepat mampu memberi impak yang maksima
Underlayer yang di pasang di lelangit Kanopi turut membawa peranan menceriakan majlis
Kek Pengantin 2 tingkat (custom made) diberikan Percuma dalam pakej ini
Benda yang percuma akan menjadi lebih berseri dengan kehadiran tetamu jelita
Pengantin pun berjalan penuh semangat menuju ke singgahsana persandingan
Eh2! Dah melompat naik...sabau dik... sabau...
Aaaa..makan sampai tak pandang belakang korang ya
Petugas Pramusaji yang sedia melayani tetamu majlis dengan senyuman yang tak lekang dari pipi... Cuba soh basuh pinggan mangkuk....arram x moh senyum agaknya



Tuesday, April 8, 2014

Kelahiran Damia Qaisara ~ Cahayamata ke-3 kami

Pada 13 Januari 2014 yang lalu bersamaan 11 Rabiul Awal 1435 Hijrah iaitu sehari sebelum tarikh memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W. dengan rasa amat bersyukur dan rendah diri kami berasa terlalu bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan kelahiran cahayamata ke-3 kami yang bernama DAMIA QAISARA iaitu yang membawa maksud "Permaisuri yang Bijak".Sepertimana 2 orang cahayamata kami yang terdahulu, Damia Qaisara juga dilahirkan menerusi kaedah caesaerean.



Meskipun begitu tugas dan tanggungjawab untuk menguruskan beberapa majlis perkahwinan dalam tempoh beberapa bulan sebelum dan selepas kelahiran Damia Qaisara, team wedding planner kami tetap komited menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pelanggan.


Cuma, pihak kami tidak berkesempatan untuk update event-event yang telah kami sempurnakan baik melalui blog ini mahupun dalam laman facebook kami. Insha'Allah selepas ini kami akan update blog ini dan laman sesawang facebook kami.

Di kesempatan ini pihak kami mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terus menyokong dan membantu perniagaan kami ini lebih berkembang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...