Wednesday, March 30, 2011

FATWA GEMPAR - Haram Menikahi Gadis Satu Kampung

FATWA yang menggemparkan! Selepas isu Fatwa Pengharaman Tarian Poco-Poco oleh Jabatan Mufti Negeri Perak digembar-gemburkan baru-baru ini, kini timbul pula isu yang tidak kurang menggemparkan. Diharap anda semua dapat bertenang dan dapat menerima hakikat ini dengan tenang dan sabar.

'Haram Menikahi Gadis Satu Kampung' - inilah intipati topik perbincangan dan perdebatan yang seharusnya juga diambil perhatian serius oleh ahli ulamak dan pemimpin-pemimpin Jabatan Agama Islam negara kita. Adakah wajar bagi pihak Jabatan Agama Islam seperti JAKIM, JAIS dan sebagainya mengeluarkan fatwa pengharaman terhadap isu yang dibangkitkan iaitu "HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG LELAKI MUSLIM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG".

Isu ini sudah semestinya bakal menjadi Perdebatan Hangat dan bakal menerima Bantahan Keras dari ramai pihak. Persoalannya mengapa baru sekarang mahu diperdebatkan isu ini, walhal perkara hukum-hakam nikah ini sudah terang lagi bersuluh dan amat nyata lagi penerangannya di dalam Al-Quran mahupun Hadis.

Menurut satu sumber dari seorang kakitangan Jabatan Agama yang tidak mahu identitinya dikenali, beliau telah secara berseloroh mengemukakan persoalan itu kepada Ketua Jabatannya sebaik sahaja selesai mesyuarat isu pengharaman Tarian Poco Poco di ibu negara baru-baru ini. Kita ikuti perbualan beliau:

"Tuan! Selepas ini ada baiknya kita mengeluarkan satu Fatwa yang baru" berkata sumber tersebut kepada ketuanya.

"Fatwa apa pula yang awak nak haramkan ni?" tanya ketuanya.

"Fatwa mengharamkan Lelaki Muslim Menikahi Gadis Satu Kampung, tuan!" jawab sumber tersebut.

"Awak ni dah hilang akal apa? Mengarut betul.. Isu Poco2 pun tak reda lagi..awak nak buat kejutan yang ini pulak?" balas ketuanya

"Betullah tuan cakap saya, Sebagai lelaki Muslim, kita hanya dibenarkan memperisterikan 4 orang wanita dalam waktu yang sama.. bukannya sampai satu kampung".... muahahaha... Sorry yer tuan.. ni lawak APRIL FOOL nih..." 

SABAUUU... SABAUUUU... 

- kredit to: MEDIAJER.COM 

Monday, March 28, 2011

Moon HotFM & Nita (Malaysian Idol) bikin Surprised on Karl Shafek Birthday

Rakaman Hip TV Episod ke-13 telah berjaya disempurnakan pada hari isnin, 28 Mac yang lalu di Sri Pentas.  Dari peringkat awal, suasana di aras 1, Sri Pentas, lokasi biasa rakaman Hip TV dijalankan segala-galanya berlangsung dalam suasana seperti kebiasaannya. Karl Shafek dari awal lagi dah inform kepada kami bahawa hari tersebut adalah hari ulangtahunnya ke-31 dan beliau turut memaklumkan shooting progam 3 Hari 2 Malam, satu lagi program TV9 yg dihoskannya baru sahaja selesai menjalani rakaman episod akhir yang ke-13.
Takde hadiah ke untuk birthday saya kak As?
Dan rakaman Hip TV yang dijalankan pada malam tersebut juga merupakan episode ke-13.. Hurmm secara kebetulan angka 1 dan 3 bermain-main di kepalanya.. mungkin petanda untuknya menamatkan zaman bujang.. hahaha.. Engku Azmin (Penerbit Hip TV) pula berseloroh kepadanya bahawa rakaman pada malam itu juga merupakan episod terakhir Hip TV. Betul ke? Hehehe udah macam skrip Hip TV pulak yer..

Hensem tak saya kak?
Tunggu jap Derr.. cameraman nak berasap dulu
Mr. Producer mai dah..
Pemandangan yang takkan kelihatan di kaca TV..
Kami mula menyedari krew-krew penerbitan Hip TV seperti sedang merancang satu kejutan buat Karl Shafek ketika rakaman hampir selesai. Memang kami juga tidak diberitahu tentang kejutan yang bakal dilakukan itu. Seorang demi seorang selebriti muncul ketika rakaman sedang dijalankan. Bermula dengan Hafidz dan Moon Hot FM.

Hafidz dan Moon Hot FM 'cover' bahagian depan
 Tok Dalangnya ialah Nita (Malaysian Idol) dan Moon (Hot FM) yang juga merupakan kenalan rapat Karl Shafek. Errr ke ada apa-apa di antara mereka? Tuuttt.. haha tu gossip lain lah kot.. Turut terlibat menjadi dalangnya ialah Hafidz dan Azmin sendiri..

Karl diserbu dari arah belakang sebaik rakaman selesai dijalankan
 Sebaik selesai rakaman dijalankan, mereka terus menyerbu mendapatkan Karl dan  yup SURRPRISSEDD! Happy 31st Birthday to Karl Shafek. Sungguh terharu Karl pada malam itu menerima kejutan yang di luar jangkaannya. Riak wajahnya jelas menunjukkan kegembiraan.. Apapun kami di Asnita Beauty Creation mendoakan agar kerjaya Karl di bidang seni ini mampu bertahan dan terus sukses..





'Gadis Pulau' - panggilan Karl Shafek untuk Nita






Asnita bergambar dengan Nita.. Sorry Nita! Akak & abang mmg x cam muka u.. hehehe
Moon pun kami x kenal pada mulanya.. yerlah selalu dengar suara jer..
 Ribuan terima kasih kepada Engku Azmin yang memberikan ‘priority’ kepada kami untuk berkongsi  detik-detik kegembiraan tersebut.. juga tidak lupa buat team leader De NShima Make-Up Team - Nazhatul Shima yang memberi lampu hijau untuk kami meneruskan tugasan mekap program Hip TV yang sudah berlanjutan sejak episod ke 4 hinggalah sekarang.

Pakej Wedding Planner untuk Perkahwinan Rin & Wan

Pada hari Sabtu, 26 Mac 2011 sekali lagi satu majlis perkahwinan kami kendalikan di Monterez Golf Club, Shah Alam. Kali ini untuk pasangan Rin & Wan. Kerja-kerja setting mula dijalankan pada petang hari Jumaat lagi. Kedua pasangan mempelai ini memilih untuk menggunakan bunga-bunga segar (fresh flower) sebagai hiasan pada Meja Hidangan, Pelamin, Walkway dan warna biru turqoise dipilih sebagai warna tema perkahwinan mereka.

Majlis Perkahwinan Rin & Wan ini menggunakan dewan yang terletak di tingkat atas Monterez Golf Club. Di tingkat atas ini merupakan dewan yang berhawa dingin dan mempunyai pemandangan (view) padang golf yang cantik untuk santapan mata para tetamu.


Sewa dewan di tingkat atas Monterez Golf Club ini sebenarnya berbeza dengan sewa di tingkat bawah. Untuk pengunaan dewan di tingkat atas sewa sebanyak RM1,800 dikenakan termasuk kerusi, meja & pentas. sementara di tingkat bawah kadar sewanya sekitar RM1,500.



Hiasan Main Table yang terletak di luar dewan di tingkat atas yang menyajikan pemandangan yang mempesonakan dan udara segar sepoi-sepoi bahasa.. cewah!

Setelah selesai membuat setting meja tetamu dan hiasan meja utama, kini tiba masanya untuk menyiapkan rekabentuk dan hiasan pelamin yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada kami di Asnita Beauty Creation untuk menyiapkannya.






Akhirnya, sekitar jam 3 pagi semua kerja-kerja setting hiasan, meja, dewan, pelamin dan sebagainya berjaya diselesaikan.. Yer lah bila ambil peranan sebagai wedding planner ni, sudah tentu kami mengambil alih peranan sebagai tuan rumah bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan perjalanan majlis dapat dianjurkan dengan sempurna dan lancar. Memang penat gilerrr.. Kalau perkhidmatan sebegini dengan harga below RM20k pun orang kata mahal jugak.. tak tahulah nak kata apa lagi.. baik tak payah buat kenduri kahwin.. nikah..salam tok imam dah balik tidur... hehehe.. jangan marah..

Majlis Selesai Sudaaa...
Tapi itulah hakikatnya sekarang, masyarakat sekarang di luar sana hanya kira kos perbelanjaan yang dikeluarkan.. Kos perkhidmatan kami yang bekerja menyiap dan menyempurnakan majlis tersebut bagai diabaikan begitu sahaja.. Klo bab masak..depa dok kira barang-barang nak masak jerr.. abis.. gaji tukang masak..tak payah bayar... Pinggan Mangkuk kami dapat free? Hurrmm.. susahnya nak meniaga di zaman sekarang ni... Semua hanya ambil jalan mudah.. Nak Sedap.. Nak Cantik.. Nak Happenings tapi Nak Murah...  Tapi ini sekadar luahan hati penulis sahaja. Tidak ada kena-mengena dengan pasangan Rin & Wan ini.. hanya sekadar meluahkan apa yang sedang berleluasa berlaku sekarang.. 

Sessi Outdoor Shooting Bermula
Bab-bab nak cantik nak murah ni memang takkan abis kalau nak diperdebatkan...  hehehe.. Oklah.. kat entry ini kami tak dapat memaparkan gambar-gambar sekitar persandingan Rin & Wan kerana pada hari berlangsungnya majlis.. kami hanya dapat meluangkan masa sampai ke Monterez Club pada jam 4 ptg. Insya'Allah akan dikongsikan setelah kami menerima cd gambar2 dari rakan  niaga yang bertugas pada hari tersebut. 


Untuk makluman, pada majlis perkahwinan Rin & Win ini kami tidak terlibat dalam menyediakan perkhidmatan Andaman & Photographer kerana kedua-dua perkhidmatan tersebut telah terlebih dahulu mereka perolehi sebelum bertemu kami. So, no komenlah.. cuma aku sedikit terkilan dgn sessi outdoor photography mereka.. dgn pemandangan padang golf yang cantik dan saujana mata memandang ini, hanya 15 minit masa mereka luangkan untuk shoot di atas padang... Err takpelah aku pun bukan arif sangat pesal photography ni.. Tapi dengan melihat arahan2 pose mrk kepada pengantin aku dah dapat agak apa hasilnya nanti.. Wallahualam!

Sunday, March 20, 2011

Kisah Pertunangan Danny X-Factor dengan Zaidatul Norfazleen & Farid Pipi

Pasti ramai sudah sedia maklum berita perihal Danny X-Factor yang telahpun mengumumkan pertunangannya baru-baru ini. Namun penulis bukan mahu memperkatakan tentang berita pertunangannya yang khabarnya telah selamat ditunangkan dengan pilihan hati seperti yang digembar-gemburkan iaitu dengan pramugari syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Zaidatul Norfazleen Zakaria, 25 sebentar tadi iaitu pada tarikh artikel ini ditulis (20 Mac 2011). Tetapi apa penulis nak ceritakan berkenaan insan bernama Farid Pipi yang penulis perasan 'agak sibuk' menyebarkan berita2 negatif tentang tunangan Danny X-Factor ni.. Apa tujuan sebenar Farid Pipi ini hanya dia sahaja yang tahu.. 

Gambar Tunang Danny X-Factor di Blog Teman Sekolahnya
Antara komen2 Farid yang penulis mula sedari akan 'kenakalannya'
Antara kegiatan Farid yang sempat penulis perhatikan akhir-akhir ini
Penulis x berniat nak menyibuk.. tetapi dah banyak kes2 sebegini yang berakhir dengan tiada siapa pun yang mendapat faedahnya.. Samada niat Farid baik atau sebaliknya.. tiada faedahnya kepada sesiapa pun.. Kita tidak boleh merubah apa yang sudah berlaku tetapi kita boleh mengubah sesuatu yang belum berlaku.. Tetapi ubahlah ia untuk kebaikan.. ubahlah ia dengan kebaikan.. Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor.. Apa yang penting ialah cinta kita kepada Allah SWT.. Hanya itu Cinta Sejati yang perlu dipelihara...

Bunga Bukan Sekuntum, Kumbang Bukan Seekor..
 Berikut dipaparkan gambar-gambar Pertunangan Danny X-Factor yang disedut dari Beautiful Nara (dot) com Semoga pasangan ini dikurniakan kebahagian dan bakal diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Lagi ... Mini Pelamin berwarna merah menjadi pilihan
Seswaaii gitu..

Friday, March 18, 2011

Miera Liyana - Artis Baru Cipta Kontroversi

Miera Liyana satu nama yang agak asing padaku.. kalau tak dinyatakan dalam laman web Gua (dot) com bahawa Miera Liyana ni adalah artis, memang aku takkan perasan pun dia ni artis. Tapi perlukah artis berpakaian sebegini? Inginkan kelainan atau inginkan lebihan tumpuan.. Kalau tujuannya untuk mencuri tumpuan.. memang dia berjaya melakukannya..

Selepas mendapat tumpuan dan publisiti yang meluas ke mana pula hala tujunya selepas ini? Terus mencipta kontroversi atau terus mencipta nama dengan bakat yang ada (kalau ada) atau berpaling kepada tuntutan agama seperti yang dilakukan Irma Hasmie... Masing-masing punya cara... sendiri mau jawab nanti dek..


Thursday, March 17, 2011

Tom Tom Bak Musim Terbaru (2011)

Bermula Ahad, 13 Mac yang lalu telah bermula kerja-kerja rakaman TOM TOM BAK bagi musim terbaru. Rakaman 13 episod Musim Terbaru Tom Tom Bak ini berlangsung di Filem Negara Malaysia, PJ. Ianya dibuat sepanjang hari cuti persekolahan penggal pertama sehinggalah ke rakaman episod akhir pada Jumaat, 18 Mac 2011. Oleh kerana cheq ni bekerja.. so, cheq hanya dapat join member2 di De NShima Make-Up Team pada hari pertama dan kedua sahaja... Terima kasih kepada pengasas De NShima Make-Up Team,  Pn. Nazhatul Shima yang memberi kepercayaan kepada cheq untuk turut sama dalam kerja-kerja make-up untuk produksi Astro Ceria ini.

Keadaan di luar studio sesak dengan kehadiran penonton
Di hari pertama rakaman dijalankan Cheq datang sebelah petang coz pada sebelah paginya kan Cheq ada jobs make-up Pertunangan Azian di Pandan Jaya. Pada hari tersebut sebanyak 3 episod telah berjaya diselesaikan kerja-kerja rakamannya. Hebat sungguh Pak Nil, kan semua dah sedia maklum pada hari sebelumnya (Sabtu, 12 Mac 2011) Pak Nil ada buat Konsert Hore Hore Aznil di Tasik Titiwangsa..

Artis pertama yang Cheq dok make-up ari tu - Zul Huzaimi
Artis Jemputan untuk segmen 'Ada Bakat Ke?' Adik ni dok dekat2 rumah Cheq jer
Membantu 'Sifu' - Nazhatul Shima mendandan Linda Jasmine

Haa.. sapa boleh teka siapakah gerangan si kecil molek ini? Ya inilah Ratu anak Linda Jasmine hasil perkahwinan dengan aktor Que Haidar.. Tapi dalam episod Tom Tom Bak ini, Ratu tidak beraksi di depan kamera.. hanya abangnya Qalif dan Linda Jasmine sahaja yang masuk TV..



Susah2 sangat.. amek jer gambar dgn emaknya
Gambar-gambar berikut pula diambil pada hari kedua sessi rakaman dibuat iaitu untuk rakaman Episod ke 4 & ke 5..
Anak Dara ND Lala - Shila Amir
Sorang lagi anak dara ND Lala.. sorry.. cheq lupa nama dia.. hehehe
Yang ni x kan hangpa x kenai kot....
Bleh.. bleh.. nanti Cheq lumoq muka hang dengan tepung.. mau ka?
Hahaha.. jangan marah.. gurau2 je yerr
Penari2 Cilik untuk segmen 'Ada Bakat Ke'
Anne Ngasri dan anaknya
Akhirnya dpt gak bergambar dgn Pak Nil tu pun during break hour


Hahaha.. last picture untuk entry ni.. suka sgt dgn gambar ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...