Sunday, December 7, 2014

Promosi Pakej Perkahwinan 2015

Kami sudah mula membuka tempahan untuk Pakej Perkahwinan Tahun 2015. Dapatkan diskaun sebanyak 10% jika anda membuat tempahan sebelum 31 Disember 2014.


Pakej Perkahwinan ini datang lengkap dengan Pelamin, Make-up dan Busana Pengantin Lelaki & Perempuan beserta aksessori pengantin seperti, bunga tangan, payung, alas kaki & tangan, kasut perempuan, veil dan tudung. 


Tiada sebarang kos tersembunyi jika membuat tempahan dengan kami. Semua kos aksessori dan kos pengangkutan (kawasan Lembah Klang) termasuk dalam Pakej ini. Malah Pelamin didatangkan lengkap dengan Arch (Pintu Gerbang), 6 Walkway & Red Carpet.


Bayaran deposit (lock date) sebanyak RM300 diperlukan bagi mendapatkan pakej-pakej yang dimaksudkan (deposit tidak akan dipulangkan jika anda membatalkan tempahan atas apa juga alasan). Anda juga dikehendaki membayar baki 50% bayaran dari jumlah keseluruhan 1 bulan (30 hari) sebelum majlis berlangsung. Sementara bayaran keseluruhan perlu dijelaskan selewat-lewatnya sehari sebelum majlis berlangsung atau ketika kami datang memasang dan menyiapkan dekorasi pelamin anda.


Sementara bagi Pakej yang melibatkan tempahan baru Busana Pengantin, deposit sebanyak RM800 diperlukan semasa membuat tempahan (lock date). Dan tempahan Busana Pengantin yang baru ini perlu dilakukan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum majlis (60 hari) atau ssebaik-baiknya 3 bulan (90 hari) sebelum majlis berlangsung.


Hubungi kami (Tel/SMS/Whatsapp/WeChat) di talian 014-263 8781 atau 019-339 4227 untuk temujanji hadir ke butik kami di No. 14, Tingkat Bawah, Block D Serindit, Jalan Meranti, Taman Impian Ehsan, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Atau boleh juga membuat temujanji untuk perbincangan awal di lokasi yang anda tentukan.

Sunday, November 30, 2014

Katerer untuk program realiti baru TV3 "AKU IP"



AKU IP atau "Aku Ikon Patriotik" merupakan sebuah rancangan semi-realiti TV terbaru terbitan TV3 yang bersiaran pada setiap hari Jumaat & Sabtu, jam 6 petang bermula 7 November 2014. 



Program yang mendapat kerjasama dengan Biro Tatanegara (BTN) ini memaparkan aktiviti-aktiviti peserta yang diuji dengan aktiviti lasak dan kebudayaan disamping dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.



Menerusi salah satu episod yang diadakan di Plaza Tugu Negara sekitar bulan Ogos 2014 yang lalu, kami di Izreka Caterer & Wedding Planner telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan katerer & perkhidmatan kanopi untuk semua krew penerbitan dan peserta yang terlibat. 



Malah kami juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan untuk tetamu-tetamu VVIP yang terdiri antaranya En. Azhar Borhan, General Manager, Business Development Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa dan Farisha Pawanteh, Chief Operating Officer di Primeworks Studios Sdn Bhd.



Kami memilih warna-warna bendera kebangsaan iaitu Biru, Merah, Kuning & Putih sebagai dekorasi pada kanopi bagi menyesuaikan dengan konsep atau tema program TV ini.




Sunday, September 28, 2014

Official Caterer untuk program Muzik Muzik 29 Khas Raya

Sebaik berakhirnya cuti raya tempohari, kami diundang sekali lagi oleh pihak Media Prima kali ini tawaran diperolehi dari krew produksi Muzik Muzik 29. Mereka meminta kami menyediakan menu makanan untuk semua krew produksi termasuk selebriti jemputan iaitu Mawi, Hazama, Alyah dan Rem.


Selain menyediakan juadah bertemakan juadah raya, pihak kami turut diminta menyediakan props yang berkaitan iaitu peralatan seperti pinggan mangkuk dan gelas untuk menggambarkan suasana raya atau rumah terbuka untuk program itu.


Rancangan Muzik-Muzik 29 dihoskan oleh AG Hot FM dan disiarkan di saluran TV3 pada setiap hari Sabtu jam 5 petang.

 

Official Caterer untuk Program TV Khas Anugerah Syawal 2014

Izreka Wedding Planner juga turut diberi kepercayaan untuk bersama-sama terlibat dengan program tv khas sempena raya terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd untuk Media Prima. Antara program tv yang membabitkan kami sebagai katerer rasmi ialah Sketsa Raya dan Diva Raya.


Rakaman program SKETSA RAYA bermula 23 June 2014 sehingga 25 Jun 2014 bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Sementara program DIVA RAYA dibuat pada 27 Jun 2014 di lokasi yang sama.

Krew Produksi & Selebriti menjamu selera hidangan yang kami sediakan

 Pihak kami dipertanggungjawabkan untuk menyediakan juadah Makan Tengahari, Hi-Tea (Minum Petang) dan Makan Malam untuk semua krew produksi dan artis-artis yang terlibat.

Penerbit rancangan Nina Soraya kelihatan sedang mengambil makanan bersama-sama Sherry Al-Hadad, Nad Zainal & Zulin Aziz
Antara barisan selebriti yang terlibat dalam rancangan Sketsa Raya ialah kesemua finalist Bintang Mencari Bintang, Nad Zainal, Harun Salim Bachik, Zulin Aziz & Sherry Al-Hadad. 


Sementara rancangan Diva Raya menampilkan Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz sebagai pengacara dan turut diundang beberapa selebriti terkenal sebagai artis jemputan iaitu Ieda Moin dan Arjalee.


Pihak kami berbesar hati diundang oleh pihak Media Prima untuk menjadi katerer rasmi program-program khas Seindah Ramadhan Anugerah Syawal ini. Insha'Allah jika diberikan kesempatan, kami akan meneruskan lagi tanggungjawab seperti ini dengan lapang dada. Terima kasih kami ucapkan kepada krew produksi Sketsa Raya & Diva Raya atas kepercayaan ini. 

Ini merupakan kali ke-dua kami berkerjasama dengan krew produksi ini menjayakan program yang mereka terbitkan. Kali pertama ialah program realiti tv Projek Metro beberapa bulan sebelumnya.

Tuesday, September 16, 2014

Promosi Dekorasi Pelamin Harga Kasih Sayang



Alhamdulillah dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kami dengan ini menawarkan harga kasih sayang kepada pengunjung-pengunjung blog kami. Tawaran perkhidmatan dekorasi pelamin dengan harga kasih sayang ini kami offer untuk majlis perkahwinan yang berlangsung sepanjang September hingga Disember 2014 SAHAJA.


Pelamin Tirai Backdrop ini biasanya kami charge kepada para pelanggan kami dengan harga standard RM2,800 tetapi untuk Promosi Luar Biasa Penghujung Tahun.. kami menawarkannya dengan harga HANYA RM1,300 SAHAJA.

Anda hanya perlu membayar Booking Lock Date sebanyak RM500 sahaja (deposit tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan) dan BAKI BAYARAN perlu dijelaskan ketika kerja-kerja pemasangan selesai dijalankan.

Pelamin Tirai Backdrop ini bersaiz selebar maksima 20 kaki dan setinggi 10 kaki dilengkapi dengan:
- Lampu Spot Light & Lampu LED (lighting effect)
- 10 Pasu Bunga beserta Flower Stand
- Kerusi Pengantin (Pilihan 1 unit Kerusi 2 seater ATAU 2 unit Kerusi 1 seater)
- Platform & Karpet
- Alas Kaki, Alas Tangan & Kipas
- Alat Merenjis
- Lain-lain props yang bersesuaian
- Kos Pengangkutan (seluruh Lembah Klang SAHAJA)

Hubungi kami (WeChat/Whatsapp/SMS) ke talian 014-263 8781 untuk sebarang pertanyaan dan urusan tempahan. TAWARAN ini kami hanya HADKAN KEPADA 1 PELANGGAN untuk 1 PELAMIN dalam 1 FUNCTION. Bermaksud kami hanya ambil tempahan memasang pelamin ini hanya untuk 1 Pelanggan dalam sehari ~ "First Come First Serve"

Monday, September 8, 2014

Testimoni Majlis Resepsi Shabil & Mas di Dewan MBSA, Glenmarie, Shah Alam

Majlis Resepsi Shabil & Mas di Dewan MBSA, Glenmarie, Shah Alam

Majlis Resepsi Shabil & Mas berlangsung pada 6 September 2014 di dewan MBSA, Glenmarie, Shah Alam. Kesemua urusan majlis perkahwinan mereka ini telah diserahkan bulat-bulat oleh ibubapa mereka iaitu En. Nasruddin & Pn. Saadiah kepada kami 3 bulan sebelum majlis berlangsung. Ini adalah pertama kali pasangan En. Nasruddin & Pn. Saadiah mengadakan majlis kenduri perkahwinan walaupun Shabil adalah merupakan anak ke-4 mereka. Kiranya langkah bendul lah ni.

Tema Warna Majlis menggabungkan 2 warna iaitu Peach & Pink
Kami menerima kerjasama yang baik dari penyelia dewan iaitu En. Zul yang memberi kami kelonggaran seawal pagi Jumaat 5 September untuk memulakan kerja-kerja setup kerusi meja, dekorasi dewan dan dekorasi pelamin. Dewan MBSA Glenmarie ini mempunyai keluasan sebesar 3 gelanggang badminton. Kadar sewanya juga agak berpatutan iaitu di bawah RM500 untuk majlis perkahwinan. Namun begitu dewan ini tidak dilengkapi dengan penghawa dingin mahupun kipas dinding. Pentas untuk pelamin memiliki kelebaran yang standard dengan mana-mana dewan yang lain tetapi ruang dari dinding ke hujung tebing pentas agak sempit. Ini akan memberikan sedikit cabaran kepada tugasan fotografer untuk mendapatkan angle-angle yang menarik.

Setting Meja VIP, Meja Kek & Meja Makan Beradab
Justeru kami menghadkan penggunaan props pada dekorasi pelamin dan lebih banyak menumpukan pada penggunaan kain & bunga bagi memberikan impak yang menarik pada pelamin selain untuk mengelakkan ruang pentas menjadi terlalu sesak.

Setiap meja kami lengkapkan dengan deco bunga dalam balang kaca kecil
Sepertimana pada setiap Pakej Lengkap Perkahwinan yang kami tawarkan kepada pelanggan, dekorasi dewan amat kami titikberatkan. Ia mampu menaikkan seri majlis dan membuatkan tetamu berasa selesa dan merasakan seolah-olah mereka sedang berada di dalam sebuah grand ballroom hotel. Inilah yang dikatakan Pakej Lengkap yang sederhana bajetnya tetapi diberikan sentuhan gaya ekslusif.

Dewan yang kusam berubah wajah dengan warna-warna ceria
Tuan rumah En. Nasruddin & Pn. Saadiah turut membuat tempahan 3 ekor kambing golek dari kami bagi menjamu tetamu-tetamu mereka seramai kurang lebih 1,000 jemputan.

Dekorasi Meja Buffet
Sentuhan kreatif pada hidangan lauk pengantin
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran selebriti kenalan tuan rumah iaitu MIOR bintang realiti TV Kilauan Emas. Mior dengan sukarela menghiburkan para jemputan dengan mendendangkan beberapa buah lagu bagi menyerikan suasana majlis.

Mior berpadu suara dengan deejay bertugas
Selain Mior, turut kelihatan seorang lagi bintang realiti TV terkenal yang hadir iaitu Fify Azmi (Gadis Melayu2) yang merupakan jiran dan kawan sepermainan kepada anak-anak tuan rumah.

Fify Azmi hadir bersama ibunya
Alhamdulillah, majlis yang kami rancang dan aturkan dari awal hingga akhir ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Segala penat lelah hilang begitu sahaja apabila menerima penghargaan dari tuan rumah dan tetamu-tetamu yang hadir.

4 VIP Table disediakan untuk meraikan pihak keluarga pengantin perempuan
Sehari selepas majlis En. Nasruddin & Pn Saadiah telah datang ke kediaman kami untuk menyampaikan sendiri penghargaan terima kasih mereka. Malah kami sendiri rasa amat bersyukur ke hadrat Allah malah sangat berterima kasih kepada mereka kerana memberikan kepercayaan untuk menguruskan majlis ini. En. nasruddin merupakan antara pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan kami yang mengenali kami hanya menerusi google search dan internet.

Tuesday, September 2, 2014

Majlis Resepsi Aina & Alif (Media Prima)

Ketika seluruh negara sibuk menyambut kehadiran ulangtahun hari kemerdekaan negara yang ke-57, team Izreka Wedding Planner pula sibuk menguruskan persiapan majlis perkahwinan untuk dua orang staff Media Prima di Dewan Komuniti TTDI pada 30 Ogos 2014 yang lalu. Pasangan mempelai Alif & Aina merupakan antara 'hot couples' di Media Prima sejak sekian lama. Kami mengenali merekapun agak lama juga iaitu ketika sama-sama bekerja membuat program HipTV untuk saluran TV9. Waktu itu Asnita Manshor merupakan official makeup artist untuk program HipTV yang dihoskan oleh Karl Shafek.

Selamat Pengantin Baru Alif & Aina
 Dari semasa ke semasa, kami sering bekerjasama dengan mereka menerusi beberapa program terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd yang mana kami terlibat menyediakan katering untuk seluruh krew penerbitan program-program yang terlibat. Antaranya program Bilik 7, Projek Metro dan lain-lain lagi.

Ramai rakan-rakan sekerja hadir memeriahkan majlis perkahwinan mereka
 Untuk Majlis Perkahwinan mereka ini, pihak Izreka Wedding Planner dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan katering untuk 1,000 orang tetamu jemputan mereka. Selain itu pihak kami juga diberikan tanggungjawab untuk menyediakan kelengkapan dan dekorasi kerusi & meja di dalam dewan komuniti TTDI tersebut. Kami memilih padanan warna hijau tua dan hijau muda untuk menaikkan seri dan suasana majlis.



Manakala dekorasi pelamin dan photobooth pula dipertanggungjawabkan kepada butik pelamin terkenal Rins Suzana untuk menatariaskannya. Busana Pengantin perempuan ditempah khas sendiri oleh mereka manakala busana pengantin lelaki juga dari butik Rins Suzana.

 Antara rakan-rakan sekerja di Media Prima yang kelihatan hadir di majlis perkahwinan mereka ialah big boss mereka sendiri iaitu Pengurus Besar Produksi Hiburan Primeworks Studios, En Kamarul Zamli Ramly dan Senior Produser di Primeworks Studios, En. Zafran Aziz.


Alif Kamaruddin pernah menerbitkan program 'Detik 12 Malam' selain pernah menjadi tenaga produksi beberapa program terbitan TV7, TV9 dan TV3. Sementara Aina atau lebih dikenali sebagai Baby di kalangan teman sekerja pula adalah Assistant Produser di Primeworks Studios Sdn Bhd.



Sebanyak 40 buah Meja untuk tetamu kami sediakan siap dihias dengan top layer mengikut warna tema dan bunga pada setiap meja. Meja Makan Beradab turut kami hias bagi menyerikan lagi suasana majlis.



 Dewan Komuniti TTDI yang mengandungi 3 courts badminton ini sangat luas dan selesa untuk memuatkan jumlah tetamu yang besar dalam satu-satu masa. Malah dewan ini turut dilengkapi dengan kemudahan aircond dan hampir kesemua finishing seperti dinding, lantai dan pentas berada dalam keadaan yang sangat memuaskan.


Sesuai dengan kedudukan dewan ini yang terletak dalam kawasan kediaman elite. Segala kemudahan dewan adalah yang terbaik dan optimum. Malah person incharge yang menjaga dewan juga sangat memberikan kerjasama dan sporting.






Majlis Perkahwinan Putera Sulung En. Yazid Md Diah di Nilai Impian


Tanggal 13 April 2014, team Izreka Wedding Planner diberikan kepercayaan oleh En. Yazid bin Md Diah, Head of Treasury K&N Kenanga Holdings Berhad dan Pn Fauziah, pemilik Old Station Cafe, Nilai Impian untuk menguruskan majlis perkahwinan putera sulungnya Izat. Majlis berlangsung di kediaman mereka di Warisan Villa, Nilai Impian.

Kediaman En Yazid & Puan Fauziah di Warisan Villa
En. Yazid & Puan Fauziah mengambil pakej lengkap perkahwinan dari kami dan memutuskan untuk menyerahkan kepada kami bulat-bulat untuk menguruskan segala perancangan dan perjalanan majlis.

Dekorasi Pelamin dibuat dalam rumah
Ini merupakan kali ke dua kami menguruskan majlis perkahwinan di luar dari Lembah Klang. Kali pertama ialah pada tahun lepas di Slim River, Perak dan kali ini kami berkampung di Warisan Villa, Nilai Impian.

Sebanyak 8 buah kanopi digunakan untuk menampung jumlah kehadiran tetamu
Pasangan mempelai mengenakan persalinan songket yang ditempah khas untuk mereka


Kami sempat merakamkan testimoni dari En Yazid tentang kualiti perkhidmatan kami untuk tatapan anda.


Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En Yazid & Puan Fauziah yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengaturkan perjalanan majlis perkahwinan putera sulung mereka ini. Sungguhpun mereka tidak pernah berjumpa atau mengenali kami secara langsung malah mereka hanya mengenali kami menerusi 'google search' sahaja.

Tetapi semasa majlis berlangsung, rupa-rupanya ramai kenalan En. Yazid & Pn Fauziah mengenali atau merupakan kenalan kepada Pengurus kami En Zulfikar. Ini disebabkan En. Yazid & Pn Fauziah merupakan ex-staff HQ Oriental Bank pada suatu ketika dahulu manakala En. Zulfikar pula pernah menjadi supplier percetakan kepada Oriental Bank. Kecik je kan dunia ni.

Thursday, August 7, 2014

Mimi & Jett Wedding Reception at Monterez Golf & Country Club

31 Mei 2014 yang lalu telah menyaksikan team Izreka Wedding Planner berjaya mengendalikan Majlis Perkahwinan usahawan online Mimy Beauty Shop iaitu Cik Mimi dan pasangannya Jett. Mimi mengambil Pakej Lengkap Perkahwinan A-Z dari kami dan menempah persalinan nikah & sanding yang direka khusus untuk mereka.


Alhamdulillah Majlis Persandingan yang diadakan di Monterez Golf & Country Club, Shah Alam ini berlangsung sepertimana yang kami rancangkan. Dewan dan lobi Monterez Golf Club di bahagian tingkat atas dan bawah ini mampu menampung sekitar kurang lebih 350 orang tetamu dalam satu masa.


Mimi yang merupakan seorang usahawan online hanya mengenali kami menerusi internet. Beliau kelihatan begitu anggun mengenakan busana pengantin yang ditempah khas untuk perkahwinannya ini.


Majlis Perkahwinan mereka yang unik ini telah mempertemukan dua budaya dan bangsa dalam satu majlis. Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga berdarah campuran Baba & Nyonya di sebelah ibunya yang juga seorang pendidik di sebuah sekolah di Bandar Baru Sri Petaling. Manakalanya bapanya pula merupakan seorang pegawai atasan di salah sebuah jabatan kerajaan.


Pasangan mempelai memilih tema warna perkahwinan Gold & Peach bagi menghidupkan susana majlis perkahwinan mereka. Justeru, pihak kami memilih penggunaan warna-warna yang selamat untuk dekorasi pelamin mereka bagi disesuaikan dengan warna-warna keemasan yang menghiasi keseluruhan meja dan kerusi tetamu.


Pihak kami turut menyediakan dekorasi Candy Buffet Station yang diminta oleh kedua mempelai. Pihak keluarga pengantin turut membuat pesanan tambahan 2 ekor kambing golek bagi menjamu dan meraikan tetamu-tetamu mereka.



Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada keluarga kedua belah pihak pengantin Lelaki & Perempuan atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan. Kami juga mengucapkan penghargaan kepada pihak pengurusan Monterez Golf & Country Club yang banyak memberikan kerjasama dan kelonggaran waktu dalam membantu kami membuat persiapan yang secukupnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...