Sunday, July 31, 2011

Sekitar Pelancaran Singgah Sahur 2011 (Sesuci Fitrah) TV3


Bersesuaian dengan tagline atau tema 'Sesuci Fitrah' untuk program-program terbitan stesen tv popular TV3 dan TV9 sepanjang Ramadhan 2011 ini, rakan kolaborasi Wedding Planner kami "Delima Catering & Wedding Planner" menyahut 'seruan' tersebut dengan menjadi  penaja utama program Singgah Sahur 2011. 



Menurut Pengarah Urusan Delima Catering, Puan Che' Rohani Haji Yusof dengan menaja program sebegini, maka tercapai hasratnya untuk menyumbang sesuatu kepada golongan-golongan kurang berkeupayaan pada sepanjang Ramadhan 1432H ini. 

Bergambar bersama Pn Rohani & Dato' Sri Farid Ridzuan
Kami di Asnita Beauty Creation berkesempatan 'turun padang' membantu mereka menjayakan hasrat yang suci murni ini. Bertempat di hospital Sungai Buloh pada pagi Isnin 1 Ogos 2011 telah berlangsung Pelancaran Singgah Sahur 2011 yang di siar secara langsung di kaca TV.

Setting di Aras 2, Hospital Sg. Buloh
Ini akan diikuti dengan episod-episod seterusnya yang telah dirakam terlebih dahulu akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 12.30 malam di TV3.


Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, program ini adalah bersesuaian dengan kedatangan bulan yang mulia, dan untuk menyucikan hati setiap yang menontonnya.


"Sesuci Fitrah dipilih sebagai tema kali ini bersesuaian dengan bulan yang mulia untuk mensucikan hati dan meningkatkan peribadi supaya kita sebagai umat Allah SWT sentiasa memusahabah diri serta bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya.

Para Pesakit dan kakitangan hospital Sg. Buloh turut diraikan dalam majlis tersebut
Tetamu Kenamaan
Antara Selebriti yang hadir


Dikesempatan ini, kami di Asnita Beauty Creation mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan sama-samalah kita mengejar ganjaran pahala yang melimpah-ruah pada sepanjang Ramadhan ini.

Tuesday, July 12, 2011

Perkahwinan Farah AF

Nampaknya seorang lagi selebriti tanahair bakal menamatkan zaman bujangnya selepas menyaksikan perkahwinan Noh (Hujan) dan Tomok.. Kali ini giliran Farah AF pula yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu, 16 Julai 2012 di Pusat Maritim, Putrajaya. Dengar ceritanya majlis perkahwinan yang bertemakan persandingan dalam taman ini menelan kos perbelanjaan sekitar RM200,000.00 WOW! Tapi biasalah, perkahwinan selebriti kan.. pasti ramai yang nak sponsor.

Gambar Farah semasa majlis pertunangannya
Farah AF2 yang telah bertunang pada akhir Disember 2010 yang lalu dengan ahli perniagaan yg bernama Johan Bin Johari. Jom kita lihat gambar-gambar kad kahwin Farah AF2 yang kitaorang dapat dari wartawan-wartawan forumer.. Hehehe.. sebenarnya kitaorang tak dapat undangan rasmi pun.. cuma dapat undangan tidak rasmi dari Wedding Planner yang bertanggungjawab menguruskan majlis yang Grand ini.

Kad Kahwin Farah AF yang unik


Tunggulah nanti.. kalau schedule kami free nanti, ingat boleh juga pergi tinjau-tinjau persiapan setting Perkahwinan Farah ini nanti di Putrajaya.

Tuesday, July 5, 2011

PELAMIN 'NEW ARRIVAL'

Baru-baru ini kami di Asnita Beauty Creation telah menambah koleksi pelamin untuk menampung permintaan yang semakin menggalakkan. Antara pelamin yang terbaru dalam koleksi kami ialah Backdrop Kerawang Pelamin dan Pelamin Arabian Style.. Kedua-duanya boleh dihias dan direka dengan susun atur yang pelbagai agar bersesuaian dengan warna tema perkahwinan.

Backdrop Kerawang bersaiz 7ft x 8ft yang sesuai untuk Mini Pelamin
Gambar-gambar yang disiarkan hanyalah untuk memperlihatkan basic pelamin itu sahaja. Ianya boleh di dekorasi mengikut kesesuaian ruang dan kehendak pelanggan. Apapun ia lebih banyak bergantung kepada bajet pelanggan. Jika sedikit bajetnya, maka penggunaan bunga, kain dan props pun akan kelihatan simple sahaja nanti. Biasanya untuk Mini Pelamin, kami mengenakan kadar bayaran dari serendah RM390.




Pelamin Arabian Style (Kerawang berkonsep Islamik) ini mempunyai ukuran lebar 18 kaki dan sesuai untuk kegunaan di dalam Dewan dan di bawah kanopi. (20'x20'). Kain backdrop pelamin boleh ditukar bersesuaian dengan warna tema perkahwinan dan dekorasi penggunaan kain dan bunga pada pelamin juga bergantung kepada bajet pelanggan. Harga yang kami tawarkan untuk Pelamin Arabian Style ini bermula dari serendah RM2,800 termasuk Red Carpet, Arch dan Walkway.

Untuk urusan tempahan, bolehlah hubungi kami di talian 019-339 4227 dan 014-263 8781. Anda juga boleh mendapatkan pelamin ini dengan harga istimewa beserta pakej lengkap solekan dan busana pengantin.

Monday, July 4, 2011

Outing Photography with ADHADI MOHD & Frens

Kali ini nak bercerita perihal pengalaman kami mengikuti Outing Photography anjuran saudara Adhadi Mohd bersama rakan-rakan photographernya. Nama Adhadi Mohd rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, beliau memang antara nama yang begitu menonjol dalam industri fotografi tanahair. Memiliki sebuah pusat latihan fotografi yang di kenali sebagai MyFotoZone atau AdhadiMohd Training Centre di Putra Heights, Subang Jaya.

Photo Shoot telah dibuat di sekitar Taman Tasik Perdana dan disertai oleh 3 orang model wanita yang jelita dan 2 orang model lelaki yang tampan. Sementara Make-Up Artist (MUA) yang terlibat ialah seramai 3 orang iaitu Salina Salehan, Nur Ina Yatt dan Asnita Manshor (awok lerr tu.. hehe).

NOR ANA before make-up (MUA: Asnita Manshor)
Zuraida Raffles before make-up (MUA: Nur Ina Yatt)
Bella BeLara Khan (MUA: Salina Salehan)
Talent Lelaki: Fikri Affendy & Eddie Rosdi
Boleh dikatakan ini antara outing photography terbaik yang kami di Asnita Beauty Creation pernah sertai. Walaupun ianya merupakan 'free outing' atau maksud yang lebih tepat 'win-win situation' untuk menambahkan portfolio masing-masing baik untuk MUA, Talents mahupun fotografer itu sendiri. Tetapi saudara Adhadi amat prihatin dengan kos yang perlu ditanggung oleh MUA terutamanya yang membabitkan alat solek berjenama dan aksessori lain. Oleh yang demikian untuk outing ini beliau sendiri telah mengeluarkan belanja untuk membeli 'contact lense' bagi kegunaan talent semata-mata untuk mendapatkan hasil yang dikehendakinya.

OK Guys! Are U Ready? hehehe
Talent: Eddie

Talent: Nor Anna  |  MUA: Asnita Manshor
Rilekss....
Talent: Zuraida Raffles  |  MUA: Nur Ina Yat
Nor Anna after Make-Up  |  MUA: Asnita Manshor
Adhadi Mohd juga ada mengeluarkan produk-produk pembelajaran fotografi dalam bentuk DVD dan dijual secara online. Antara yang mendapat sambutan yang menggalakkan ialah DVD Kursus Rekabentuk Album Perkahwinan dan DVD Photoshop Tones Pack.

Tuesday, June 21, 2011

Kontroversi - David Teo Bikin Melissa Saila Panas

Sudah kecoh kat Twitter ketika entry ini dibuat.. Kontroversi mengenai David Teo lagi.. kali ini membabitkan aktress wanita Melissa Saila.. Kontroversi timbul apabila Melissa Saila mengeluarkan status Twitternya yang berbunyi: "David Teo x kenal wa.dia ckp klu dia x kenal seseorg (dlm ent industri) maknanya something wrong!wah!play God pulak mamat MLM ni."..

Kita ikuti beberapa petikan dalam Twitter yg sedang rancang di twit2 kan antara rakan-rakan artis terutama antara Melissa Saila dan Khir Rahman :

Thursday, June 16, 2011

Make-Up Photo Shoot - Outing with MAQS Photography

Sebenarnya Make-Up Photoshoot ni telah lama juga diadakan tetapi oleh kerana faktor kesibukan dan kesuntukan masa membuatkan kami terlupa nak update dalam blog ni.. hehehe. Make-Up Photoshoot ini telah dianjurkan oleh MAQS Photography pada pertengahan bulan Mei yang lalu bertempat di Tasek Perdana, Kuala Lumpur.


Seramai 4 orang MUA termasuk Kak As dan 6 orang Talents telah terlibat dalam menjayakan sessi Make-Up Photoshoot ini yang khusus dijayakan untuk menambah portfolio masing-masing, baik kepada MUA, Photog mahupun Talents. Photoshoot ini merupakan kali ke-2 Kak As berpeluang untuk bekerjasama dengan Uncle Bizcotz Maqs dalam sessi outing sebegini. Memang Uncle Bizcotz merupakan seorang yang 'low profile' dan 'easy going'.. sangat senang bekerjasama dengannya.

Talent: Marhani Hussain (Sebelum Mekap)
Dalam sessi outing kali ini, uncle Bizcots telah memberikan Tema 'SUPERBIKE' kepada Kak As. Hurmm.. Ala-ala gadis litar gitu.. daring, seksi, stylo dan ranggi.. Talent merupakan seorang muka baru iaitu Marhani Hussain yang sanggup datang dari Pulau Pinang untuk menyertai sessi photoshoot ini. Kita lihat gambar-gambar yang telah diambil oleh Zul Izreka (husband Kak As) semasa proses mekap dijalankan:




Berikut pula adalah gambar-gambar hasil sentuhan kreativiti Uncle Bizcots Maqs dari MAQS Photography. Tahniah dan penghargaan dari kami buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sessi outing ini. 




Monday, June 13, 2011

Usop Wilcha Bakal Kendalikan Segmen Hot FM AM Crew

Nampak gayanya Usop Wilcha yang namanya terkenal dengan 'tagline' KITA BAKO.. KITA BAKO.. menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah memang sahih akan mengendalikan segmen pagi di Hot FM AM Krew seperti yang digembar-gemburkan oleh beberapa blog tanahair termasuk website GUA.


Secara kebetulan, kami yang berada di kafetaria Sri Pentas pada malam 13 June 2011 yang lalu kerana urusan dengan rakaman HipTV, telah terserempak dengan abang Usop Wilcha serta beberapa krew Hot FM sedang menikmati juadah makan malam. Ketika kami secara spontan bertanyakan kesahihan berita ini kepadanya, abang Usop secara berseloroh menjawab "Awok bukannya jadi deejay di Hot FM ini.. Awok buat marketing ajer". Hehehe.. boleh percayake? 

Namun menurut sumber yang boleh dipercayai di Primeworks Studios, Usop Wilcha akan mula bertugas di konti Hot FM Am Krew pada hari Rabu/Khamis ini bergandingan dengan 3 orang lagi deejay Hot FM iaitu Faizal Ismail, Fara Fauzana & AG. Cuba bayangkan gandingan empat orang deejay ini, adakah mereka benar-benar mampu menggamatkan suasana atau hanya akan mewujudkan suasana carca-marba. Sama-sama kita nantikannya.

Saturday, May 21, 2011

Rakaman Hip TV semasa Konsert GIG Ulangtahun Ke-5 TV9 di Pavillion


Buat pertama kalinya Kak As terlibat dengan krew Hip TV membuat kerja-kerja rakaman luar semasa Konsert GIG diadakan iaitu bersempena sambutan ulangtahun Ke-5 TV9 di Pavillion pada hari jumaat yang lepas.


Konsert yang melibatkan kumpulan Indie ini (Indie Band) dimulakan sekitar jam 5 petang dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai. Tapi mintak maaf ler, klo tanya memang Kak As tak kenal diorang ni... Zaman-zaman Kak As dulu mana ada Indie2 Band ni.. Tapi kira ok lah, boleh layan lagilah muzik diorang..


Antara band yang terlibat ialah kumpulan Hujan, Awan Band, Grey Sky Morning, Aizat, Pesawat dan Gabba Gabba.. Walaupun konsert dimulakan dalam keadaan hujan, peminat-peminat muzik Indie tetap hadir beramai-ramai memenuhi ruang legar Kompleks membeli-belah Pavillion di tengah-tengah kawasan segitiga emas Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sudah tentu kebanyakkan dari mereka terdiri dari anak-anak muda belasan tahun serta pengunjung-pengunjung Pavillion yang sedia ada.

Karl Shafek, Engku Azmin, Kak As, Aida Azira dan Hafidz
Rakaman Hip TV yang dibuat ini adalah untuk siaran TV9 pada hari Khamis ini (26 Mei 2011) jam 9.30 malam dan siaran ulangannya akan ditayangkan pada hari Sabtu (28 Mei 2011) jam 11.30 pagi juga di TV9.

Isma & Amani menjawab gossip yang mengatakan mereka sedang bercinta
Kak As juga berkesempatan mekapkan Hafidz untuk rakaman Chop Chop yang juga melakukan rakaman pada waktu tersebut iaitu sebaik rakaman Hip TV selesai dijalankan.


Banyak lagi gambar-gambar 'Hip TV @ Pavillion - Behind the Scene' akan diupload dalam fanpage FB 'Asnita Beauty Creation'... Sila-silalah 'LIKE' fanpage Kak As tu yerr.. Terima Kasih... Mmmuah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...