Saturday, May 21, 2011

Rakaman Hip TV semasa Konsert GIG Ulangtahun Ke-5 TV9 di Pavillion


Buat pertama kalinya Kak As terlibat dengan krew Hip TV membuat kerja-kerja rakaman luar semasa Konsert GIG diadakan iaitu bersempena sambutan ulangtahun Ke-5 TV9 di Pavillion pada hari jumaat yang lepas.


Konsert yang melibatkan kumpulan Indie ini (Indie Band) dimulakan sekitar jam 5 petang dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai. Tapi mintak maaf ler, klo tanya memang Kak As tak kenal diorang ni... Zaman-zaman Kak As dulu mana ada Indie2 Band ni.. Tapi kira ok lah, boleh layan lagilah muzik diorang..


Antara band yang terlibat ialah kumpulan Hujan, Awan Band, Grey Sky Morning, Aizat, Pesawat dan Gabba Gabba.. Walaupun konsert dimulakan dalam keadaan hujan, peminat-peminat muzik Indie tetap hadir beramai-ramai memenuhi ruang legar Kompleks membeli-belah Pavillion di tengah-tengah kawasan segitiga emas Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sudah tentu kebanyakkan dari mereka terdiri dari anak-anak muda belasan tahun serta pengunjung-pengunjung Pavillion yang sedia ada.

Karl Shafek, Engku Azmin, Kak As, Aida Azira dan Hafidz
Rakaman Hip TV yang dibuat ini adalah untuk siaran TV9 pada hari Khamis ini (26 Mei 2011) jam 9.30 malam dan siaran ulangannya akan ditayangkan pada hari Sabtu (28 Mei 2011) jam 11.30 pagi juga di TV9.

Isma & Amani menjawab gossip yang mengatakan mereka sedang bercinta
Kak As juga berkesempatan mekapkan Hafidz untuk rakaman Chop Chop yang juga melakukan rakaman pada waktu tersebut iaitu sebaik rakaman Hip TV selesai dijalankan.


Banyak lagi gambar-gambar 'Hip TV @ Pavillion - Behind the Scene' akan diupload dalam fanpage FB 'Asnita Beauty Creation'... Sila-silalah 'LIKE' fanpage Kak As tu yerr.. Terima Kasih... Mmmuah!


Saturday, May 14, 2011

RUANG IKLAN UNTUK DISEWA RM15 (3 BULAN)

Pembetulan: Size Sebenar ialah 150 x 150 pixels

Kami di Asnita Beauty Creation mengalu-alukan kepada semua pengunjung BLOG kami untuk menyewa tapak iklan bersaiz 150 x 150 dengan bayaran RM10 untuk 3 bulan.

Jika ada di kalangan anda yang berminat, sila e-mailkan kepada kami 
EMBEDDING CODE Banner IKLAN anda ke: 
asnitamy@yahoo.com
014-263 8781

Sila pastikan Banner Iklan anda tidak mengandungi sebarang unsur-unsur 
LUCAH baik pada TEXT mahupun GAMBAR.

Anda boleh buat sendiri Banner Iklan bersaiz 150 x 150 itu menggunakan
apa sahaja application yang terdapat di pelbagai website. Antaranya ialah:

Setelah Banner Iklan anda SIAP! Sila hantar kepada kami  menerusi email dengan tajuk 
"SEWA IKLAN"

Pihak kami akan REVIEW Blog anda setiap bulan bagi memastikan IKLAN yang dipamer adalah berkaitan dengan Jenis Perniagaan yang anda jalankan. Pihak kami berhak menarik balik mana-mana IKLAN yang tidak membayangkan BISNES sebenar IKLAN yang dipamerkan.

Kami hanya menetapkan sebanyak maksimum 10 iklan bersaiz 150 x 150 sahaja 
yang akan dipamerkan di BLOG kami pada satu-satu masa.

Friday, May 13, 2011

Sekitar Mekap Maharaja Lawak Minggu Ke-7

Sekali lagi Kak As berpeluang untuk menyertai rakan-rakan MUA dari De NShima Make-Up Team untuk sponsor make-up Maharaja Lawak... Ini merupakan kali ke-2 kak As berpeluang join diorang make-up program Maharaja Lawak apabila seringkali jadual rakaman bertembung dengan rakaman Hip TV.. Kali pertama Kak As join ialah pada konsert Maharaja Lawak Minggu Pertama. Terima kasih jugalah pada penerbit HipTV, Engku Azmin yang last-last minit call inform recording HipTV ditunda pada hari Isnin ini... hehehe

Sekitar 7.30 malam - Suasana di perkarangan Kompleks FINAS masih lengang
Untuk konsert Maharaja Lawak Minggu Ke-7 ini, para peserta dikehendaki mempersembahkan Lawak dengan berkonsepkan 'Silent Comedy'. Tentu ramai yang dah menontonnya kan malam tadi.. Ala-ala Charlie Chaplin gitu.. 

Suasana di luar studio.. 15 minit sebelum bermulanya waktu tayangan
Walaupun berlaku penyingkiran pada konsert minggu ke-7 ini, namun para peminat Maharaja Lawak pasti gembira dengan pengumuman oleh AC Mizal selaku host rancangan mengenai Undi Masuk yang akan dibuat menjelang Konsert Ke-8 Maharaja Lawak nanti.

"Muka akak ada iras-iras Kak Cham lah" - Zizan Raja Lawak
Adakah Amir akan diberikan peluang oleh para penonton mahupun peminat-peminatnya untuk di undi masuk semula? Sama-samalah kita tunggu ya.. Tetapi secara jujur, kak As juga sependapat dengan juri, saudara Ahmad Idham bahawa lawak yang disampaikan oleh Amir sememangnya agak sukar untuk difahami pada malam tersebut. Kasihan juga melihat Amir 'dipermainkan' oleh para penonton yang mentertawakan persembahannya dan bukannya ketawa melihat lawaknya.

Good Luck Amir!
TERBAEEKK! Itu sudah cukup menggambarkan keterujaan kak As terhadap persembahan yang dibuat oleh Kumpulan Jambu.. Sebuah Komedi yang sangat berkualiti dengan idea yang segar dan mendapat pengiktirafan 'INTERNATIONALE' dari abang Mamat Khalid selaku Juri Pertandingan. Begitu juga tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sepah & Kumpulan Jozan yang turut mempamerkan lawak yang tidak mengecewakan.



Tetapi apa sudah jadi dengan persembahan Nabil yang kelihatan seperti agak kurang tersusun penyampaiannya. Mungkin juga benar seperti telahan Ahmad Idham bahawa Nabil mungkin kesuntukan masa melakukan latihan dengan kepadatan jadual aktiviti seninya. Namun pada malam tersebut Nabil adalah satu-satunya peserta yang tidak di undi keluar oleh teman-teman Maharaja Lawak yang menjadi saingannya.

Currlasss... ko nyah! hehehe


Secara keseluruhannya apa yang Kak As nampak.. pelakon-pelakon komedi kita sudah mampu mempersembahkan sebuah komedi yang mampu diterima oleh semua khalayak.. Kalau ianya mampu diteruskan, sudah pasti dunia seni kita akan lebih ceria sebagaimana cerianya kehidupan kita dengan filem-filem komedi lakonan dan arahan Tan Sri P. Ramlee.

Remy Ishak dilaporkan kemalangan


Semasa Kak As sedang sibuk-sibuk menyiapkan mekap peserta-peserta Maharaja Lawak malam tadi, tiba-tiba muncul Pengurus Zizan Raja Lawak (Marina Juki) menyampaikan perkabaran tentang kemalangan yang menimpa pelakon lelaki kegilaan ramai Remy Ishak.. Terkejut semua orang yang berada dalam bilik mekap ketika itu. Tak tahulah sejauh mana benar info yang diterima.. Lagipun masa tu Kak As pun tak boleh nak concentrate sangat mendengarnya... Kang dari putih muka Zizan.. jadik hitam pulak kak As mekap kan.. hehehe

Remy Ishak dilaporkan mengalami kemalangan motosikal hingga patah kakinya di area LRT Jelatek dan dibawa dengan ambulans ke hospital. Tiada info dan pengesahan lanjut diterima pada ketika itu. Cuma menurut sumber, motosikal yang dinaiki Remy tidak mengalami kerosakan serius mahupun calar. 

Huhuhu.. korang jangan tak tahu Kak As memang sangat-sangat meminati lakonan Remy ni... Klo ada drama atau filem lakonannya.. memang Kak As takkan missed menontonnya.. Harapan Kak As, jika benar berita yang dilaporkan itu... didoakan Remy cepat sembuh dan mampu aktif semula dengan segera. 

Yelah kan filem Nur Kasih The Movie semakin hampir ditayangkan di pawagam.. Sudah tentu semua tenaga produksinya amat mengharapkan kehadiran Remy di PREVIEW Nur Kasih The Movie nanti.

Tuesday, May 10, 2011

Promosi Pakej Perkahwinan Harga Terendah Untuk 5 Pelanggan Terawal

Kami di Asnita Beauty Creation sedang membuat Promosi Pakej Perkahwinan Dengan Harga Yang Amat Berbaloi hanya untuk 5 Pelanggan Yang Terawal Membuat Tempahan dengan kami sepanjang bulan Mei dan Jun ini. Tempahan untuk Majlis Perkahwinan yang berlangsung pada bulan September - Disember 2011 dan sah hanya untuk sekitar kawasan Lembah Klang sahaja.


Promosi berdasarkan 'first come first serve'... iaitu 5 Pelanggan Pertama yang 'confirm' dan membuat pembayaran deposit sebelum 30 Jun 2011. Untuk promosi ini, pihak kami hanya dapat menerima 1 tempahan majlis perkahwinan untuk sehari. Jika ada 2 Pelanggan yang membuat tempahan tetapi majlis perkahwinan mereka mempunyai tarikh yang sama, maka kami terpaksa menolak tempahan kedua tersebut.

Dan untuk makluman, promosi ini tidak melibatkan rakaniaga kami di Delima Catering & Event Sdn Bhd. Semua urusan berkaitan promosi ini perlu dirujuk kepada kami di Asnita Beauty Creation. Oleh yang demikian, kami berharap dengan adanya promosi ini, ianya dapat memberikan peluang kepada kami untuk mencuba berkolaborasi dengan lain-lain vendor penyedia khidmat perkahwinan seperti Caterer, Photographer, Wedding Planner dan sebagainya.

Harga yang ditawarkan iaitu RM2,990 ialah harga untuk END USER... Jika terdapat Photographer, Caterer atau Wedding Planner yang berminat untuk mendapatkan khidmat kami menerusi HARGA PROMOSI ini, anda hendaklah 'mark-up' harga ini kepada pelanggan masing-masing dan maklumkan kepada kami. Hubungi kami di talian 014-263 8781 atau 019-339 4227 untuk maklumat lanjut.

Saturday, May 7, 2011

Gambar Perkahwinan Zed Zaidi di Dewan Perdana Felda

Minggu ni kami tiada job wedding... cuti balik kampung kak As di Kuala Kangsar... Astro pun takde nak layan konsert AF... Layankan je gambar-gambar Perkahwinan (Persandingan) Zed Zaidi yang berlangsung di Dewan Perdana Felda menerusi gambar-gambar yang diambil dari TWITTER teman-temannya termasuk dari Twitter abang Budiey dari Budiey (dot) com... Layannn!






Wah! Meriah kan... Rekaan Pelamin nya pun sangat cantik... Semoga kedua-dua pasangan ini hidup kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tahniah Zed Zaidi dan pasangannya Natalia.

Wednesday, May 4, 2011

PROMOSI PAKEJ LENGKAP WEDDING PLANNER

Asnita Beauty Creation dan Delima Catering & Events Sdn Bhd bergabung tenaga memberikan Pakej Lengkap 'Wedding Planner'. Tempahan boleh dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh majlis pekahwinan berlangsung. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian: 019-339 4227 (Kak As), 014-263 8781 (Abg. Zul) dan 019-275 2564 (Pn. Rohani)



Pakej Lengkap Wedding Planner bermaksud semua keperluan Majlis Perkahwinan anda diuruskan oleh kami. Pakej meliputi Katering, Kanopi, Main Table, Hidangan Pengantin, Baju Pengantin, + Full Aksessori , Make-Up, Pelamin 3 Panel + full aksessori, P.A System with Deejay, Pasukan Kompang/Silat, Khidmat Fotografi, Pintu Gerbang, Walkway, Red Carpet dll. 

Seelok-eloknya luangkan lah masa anda untuk bertemu muka dengan kami dan berbincang mengenai harga dan sebagainya. Oleh kerana Kak As dan Abg Zul bekerja.. kami hanya menerima kunjungan pelanggan 'By Appointment Only' kecuali jika anda tidak perlu berjumpa dengan semua TEAMWORK yang terlibat, anda boleh datang bertemu Pn. Rohani di showroom kami di Wangsa Maju pada bila-bila masa yang anda kehendaki.

Tuesday, May 3, 2011

Mekap Syakira & Mulan - Ara Damansara

Pada hari Ahad, tanggal 1 Mei 2011 cuti hari Pekerja yang lalu telah berlangsung Majlis Bertandang Perkahwinan Asri & Syakira bertempat di kediaman kakak Asri di Ara Damansara. Sekitar pukul 10 pagi Kak As telahpun sampai di lokasi majlis untuk kerja-kerja mekap pengantin perempuan Syakira dan adiknya Mulan (Nurul) selaku pengapit pengantin.

SYAKIRA - Pengantin Perempuan
Nurul @ MULAN - Pengapit Pengantin Perempuan

Pelamin Tema Warna Merah, Putih & Hitam untuk Persandingan Asri & Syakira

Sebaik selesai kerja-kerja setting di Dewan FRU, Cheras.. kami bergegas ke Ara Damansara untuk memasang Pelamin Backdrop Majlis Persandingan Asri & Syakira yang juga bakal berlangsung keesokan harinya (1 Mei 2011).


Ini merupakan 'first job' yang kami perolehi dari website SetelKahwin (dot) com menerusi kategori Kahwin Ikut Bajet Aku (KIBA). Asri (Pengantin Lelaki) yang diwakili oleh anak-anak saudaranya meletakkan harga RM700 untuk mendapatkan khidmat Sewa baju Pengantin, 1x sessi mekap dan Backdrop Pelamin yang simple. Job ini telah di confirmkan sejak bulan Mac lagi. Ketika itu, dengan kadar harga yang diminta, pihak kami hanya bersetuju menawarkan perkhidmatan 1x sessi Mekap, Sepasang Baju Bersanding (L & P) serta Backdrop Pelamin tanpa 'kerusi dan pentas'.


Namun dari masa ke semasa, kami di Asnita Beauty Creation sentiasa 'keep in touch' dengan Asri untuk memberikan hasil yang terbaik untuk Majlis Persandingannya nanti. Setelah dinasihati, Asri akhirnya bersetuju untuk 'top up' sedikit lagi wang untuk mendapatkan Pelamin yang lebih sempurna sifatnya.


Bagi kami biarlah detik-detik indah perkahwinan Asri dapat dirakamkan dalam keadaan yang lebih sempurna. Biarlah ianya tampak kelihatan simple tetapi dengan sedikit sentuhan kreativiti kurniaan Illahi, Insya'Allah ianya mampu kelihatan ekslusif pada pandangan umum.


Perkara sebegini sering kami tekankan pada pelanggan, Walau bagaimana simple pun Pelamin atau majlis yang mereka inginkan... Hakikatnya mata yang memandang tidak mampu menilai jumlah yang anda bayar untuk perkhidmatan kami.  Mereka hanya pandai menilai kecacatan yang ada... mereka rajin menjadi juri pertandingan. Akhirnya servis kami bakal diperlekehkan.


Teima kasih buat Asri dan keluarganya yang begitu memahami hakikat ini.. Yang paling penting kepada kami ialah kepuasan dapat diberikan kepada mereka dan kami ikhlas dengan perkhidmatan yang diberikan.

Setting Majlis Perkahwinan Bertemakan Warna Pink

Pada hari Sabtu, 30 April 2011 pula, kami di Asnita Beauty Creation sekali lagi berganding bahu dengan Delima Catering & Wedding Planner membuat setting untuk majlis perkahwinan Nursiah yang bakal berlangsung pada keesokan harinya di Dewan FRU, Cheras.


Kerja-kerja setting untuk Pelamin, Main Table, Arch dan sebagainya bermula dari jam 12.00 tghari dan selesai kira-kira pukul 5 petang. Majlis ini bakal menerima kehadiran kira-kira 500 tetamu. Pihak keluarga pengantin perempuan turut berkesempatan hadir menyaksikan kerja-kerja setting dijalankan.






Backdrops untuk Majlis Berendoi

Minggu pertama bulan Mei ni kami di Asnita Beauty Creations menerima banyak gak tempahan, dari majlis berendoi hinggalah mekap pengantin.. Cuti Hari Pekerja yang jatuh pada hari Ahad dan di bawa ke hari Isnin membuatkan aktiviti kami penuh dengan tugasan memasang pelamin dan make-up. 

Hari Jumaat 29 Mei 2011, kami menerima tugasan 'adhoc' dari kak Zila Nani pemilik Butik Perkahwinan Nurins Collection yang meminta kami cover job memasang Backdrop untuk Majlis Berendoi yang akan berlangsung di Taman Sri Andalas Klang pada hari Ahad 1 Mei 2011. Mulanya kami terpaksa menolak kerana jadual kami yang agak padat. Tapi atas desakan dan niat ingin membantu rakan-rakan seperjuangan, akhirnya kami menerima tawaran itu. 


Akibat tidak begitu 'familiar' dengan Bandar Klang, kami sampai di Taman Sri Andalas pada kira-kira jam 12.00 tgh malam setelah berpusing-pusing di sekitar Klang. Heheheh.. dan kerja-kerja pemasangan backdrops selesai kira-kira hampir pukul 3.00 pagi.




Terima kasih kami ucapkan kepada Kak Zila yang juga merupakan ex-officemate kak As di Legal Firm Aziz & Mazlan suatu ketika dulu... Juga tidak lupa ucapan terima kasih buat keluarga Nuriedayah yang sangat sporting dan banyak memberikan kerjasama. Dengar ceritanya, majlis berendoi ini dibuat sekaligus untuk 3 bayi yang baru dilahirkan dalam keluarga mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...